Monthly Archives: January 2018

ISMA Ireland Anjur Kuliah Subuh Khas Rahsia Pembebasan Al-Aqsa

Dublin, 31 Jan- Jawatankuasa ISMA Ireland hari ini telah berjaya mengadakan Kuliah Subuh Khas Rahsia Pembebasan Al-Aqsa yang bertempat di Malaysia Hall, Dublin. Kuliah subuh yang diadakan sejurus selepas solat subuh berjemaah ini telah dihadiri kira-kira 20 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Malaysia yang belajar di sekitar Dublin. Kuliah subuh ini telah disampaikan oleh saudara Hazreen Ismail, Ketua Biro …

Read More »

Seminar Komunikasi dan Media ISMA Ireland Terap Etika Media Professional

Dublin, 28 Jan- Biro Komunikasi dan Multimedia ISMA UK-Eire dengan kerjasama ISMA Ireland hari ini telah berjaya menganjurkan Seminar Pemantapan Komunikasi dan Media di Malaysia Hall, Dublin. Seminar yang telah dihadiri oleh pimpinan ISMA Ireland dan ahli ISMA Ireland ini bertujuan untuk mengasah bakat komunikasi dan media dalam kalangan ahli serta mendedahkan ahli ISMA terhadap kepentingan media sebagai alat propaganda …

Read More »

Bengkel Pengukuhan Organisasi ISMA Ireland Asah Kepimpinan Mahasiswa

Dublin, 27 Jan- Jawatankuasa ISMA Ireland hari ini telah berjaya menganjurkan bengkel pemantapan organisasi ISMA Ireland bertempat di Malaysia Hall, Dublin. Bengkel yang telah dimulakan dengan ucapan dari Ketua Perhubungan ISMA Ireland itu telah dijalankan bertujuan untuk melahirkan generasi pelapis pimpinan ISMA Ireland yang mampu menggerakkan agenda dakwah dan tarbiyah di Ireland. Pengarah program, saudara Mohamad Asraff yang sempat ditemubual …

Read More »

Kunjungan NYDP ISMA Kota Kinabalu Suntik Semangat Ahli ISMA Eropah

Cardiff, 20 Jan- Seluruh ahli ISMA Eropah mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Naib Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Kota Kinabalu, Dr Mohamed Hatta Bin Mohamed Tarmizi dan isteri, Puan Sharifah Suzanne atas kesudian berkunjung meluangkan masa di dalam sesi dialog santai di Cardiff. Dr Hatta Tarmizi yang sedang menjalankan latihan professional di Liverpool turut sempat meluangkan masa …

Read More »

Penolakan Agenda Jahat Gerakan Evangelist oleh Masyarakat di Barat

Beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan pengumuman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel. Perkara ini telah mendapat reaksi negatif bukan sahaja dari gerakan-gerakan Islam di Barat malah turut mendapat tohmahan daripada pemimpin-pemimpin dunia termasuklah rakan karib Amerika Syarikat iaitu United Kingdom. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pihak yang begitu memuji dan menyokong langkah sumbang Donald …

Read More »

Islam dan Liberalism, Sebanyak Mana Perlu Kita Tahu?

Review Salah Faham Terhadap Islam tulisan Syed Qutb   Saat ini, Islam telah diserang oleh ramai pihak yang cuba mempertikaikan falsafah dan sistem Islam dengan pelbagai tuduhan seperti Islam sudah kolot, ketinggalan zaman, opressive dan selainnya. Suara-suara ini saban hari makin bertambah kuat dan sedikitnya suara yang cuba mematahkan hujah mereka atau hujah yang tidak menyakinkan menggundahkan lagi keadaan. Ini …

Read More »

Bazar Makanan ISMA Sheffield Meriah Dengan Sambutan Lebih 100 Orang Pengunjung

Sheffield, 8 Jan- Jawatankuasa ISMA Sheffield baru-baru ini telah berjaya menganjurkan program bazar makanan bertempat di Broomhall Community Centre. Kira-kira 100 orang pengunjung telah berpusu-pusu memenuhkan Broomhall Community Centre seawal masa pembukaan bazar pada jam 1 petang untuk membeli pelbagai pilihan juadah tradisional Malaysia. Pengarah program, saudara Sazlee Hidayatullah yang telah dihubungi Media ISMA Eropah berkata, “program bazar ini dianjurkan …

Read More »

ISMA Cardiff Seru Mahasiswa Capai Kecemerlangan Demi Kebaikan Ummat

Cardiff, 7 Jan- Jawatankuasa ISMA Cardiff hari ini mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa Malaysia di Cadiff khususnya yang akan menghadapi peperiksaan bermula minggu hadapan. Terlebih dahulu ISMA Cardiff telah berjaya menganjurkan solat hajat perdana sempena persediaan menghadapi peperiksaan yang telah dihadiri hampir 70 orang pelajar Malaysia di Masjid Darul Isra’, Cardiff semalam. Pengarah program solat hajat perdana, saudara …

Read More »

ISMA Manchester Syor Mahasiswa Luar Negara Dekati Komuniti Muslim Setempat

Manchester, 6 Jan- Ketua ISMA Manchester, saudara Ikram Omar hari ini menyeru mahasiswa Malaysia untuk turut bergiat aktif dan mendekati komuniti Muslim setempat di kawasan masing-masing. Seruan ini dinyatakan beliau ketika siri jelajah ISMA Manchester ke cawangan-cawangan utara ISMA UK-Eire baru-baru ini. Saudara Ikram yang sempat ditemubual Media ISMA Eropah berkata, “sumbangan mahasiswa dari Malaysia suatu ketika dahulu terhadap komuniti …

Read More »

Kunjungan Musim Sejuk ISMA Sheffield ke Durham dan Manchester Perkukuh Ukhwah Ahli

Durham, 29 Dec- Jawatankuasa ISMA Sheffield baru-baru ini telah berjaya menganjurkan siri lawatan ke semua cawangan utara bagi ISMA UK-Eire. Siri lawatan ini telah dimulakan dengan perjalanan ke Durham yang terletak di utara England dan memakan masa hampir 3 jam perjalanan dari Sheffield. Pengarah program lawatan ini, saudara Sazlee berkata, “siri lawatan ini antara lain bertujuan untuk memperkenalkan ahli baharu …

Read More »