Ada apa dengan 3 Mac?
furqanf | Mar 03, 2010 | Comments View Comments
Bismillahirrahmanirrahim.
Tarikh 3 Mac yang berlalu sebelum ini mungkin cuma hari yang biasa bagi kita. Namun hakikatnya tarikh ini membawa makna yang cukup besar bagi umat Islam di seluruh dunia. Kira-kira 86 tahun dahulu, tarikh 3 Mac 1924 menyaksikan kejatuhan Khilafah Islamiyyah yang pada awalnya telah dibina oleh Rasulullah dan para sahabat.
Saya mengajak para sahabat untuk meluangkan 10 minit (drpd 24 jam kita hari ini) bagi memahami apa yang berlaku pada saat kejatuhan Khilafah Islamiyyah
Kita tahu bahawa pihak Barat dan pihak Yahudi sentiasa merancang pelbagai agenda untuk menjatuhkan umat Islam. Namun…
selama mana kita mahu terus-terusan menuding jari kepada pihak yang terlibat dalam merencana kejatuhan empayar Islam, sedangkan kita masih lalai dan tidak sedar dengan kesilapan sendiri?
Ayuhlah wahai sahabat,
Jangan terus leka dan lalai. Mulakan perubahan dengan diri kita. Jangan kita menjadi seperti buih-buih yang terhempas ke pantai, langsung tidak berguna dan bermanfaat.
Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang tekah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan sesiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu maka mereka itulah orang-orang yang fasik [24:55]
Janji Allah itu pasti. Namun adakah kita termasuk dalam golongan yg disebutkan oleh Allah dalam ayat di atas?
Tepuk dada, tanya iman.
Sumber : Blog ISMA Ireland
Filed Under: Ilmu dan Artikel
About the Author:




































Trackback URL