Ahli ISMA Terap Budaya Mesra Masjid di Rusia

Volgograd, 31 Dec- Ahli ISMA Rusia syor mahasiswa luar negara untuk sentiasa mendekati masjid setempat dan bergiat aktif dengan menyertai aktiviti-aktiviti masjid di kawasan masing-masing.

Saranan ini dilahirkan oleh ahli-ahli ISMA Rusia yang baru sahaja selesai menghadiri program Jom Iktikaf! anjuran jawatankuasa ISMA Rusia di Volgograd.

Program yang berlangsung dari 10 pagi hingga 1 tengah hari di Masjid Lingoranskaya bertujuan untuk melatih mahasiswa supaya sentiasa menjadikan masjid sebagai destinasi harian dan sentiasa mendekatkan diri dengan program-program keagamaan di masjid.

Ahli ISMA Rusia, saudari Zainab berkata, “program yang dijalankan secara santai ini mampu melatih mahasiswa supaya menjadi ‘warga masjid’ dalam pada masa yang sama dapat berukhwah dengan penduduk muslim setempat dan mendalami cabaran muslim setempat di Rusia.”

Ujar beliau lagi, “program ini juga dapat memenuhkan masa mahasiswa dengan aktiviti yang berfaedah serta dapat mengelakkan mereka daripada gejala sosial yang kebiasaannya berleluasa sempena sambutan tahun baru.”

ISMA Rusia jelas saudari Zainab akan terus memacu agenda mahasiswa beragenda supaya mahasiswa di Rusia yang majoritinya adalah pelajar perubatan mempunyai agenda yang lebih besar iaitu merawat penyakit umat berbanding kerja hakiki seorang doktor yang merawat pesakit.

 

Biro Penerangan ISMA UK-Eire

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Kunjungan NYDP ISMA Kota Kinabalu Suntik Semangat Ahli ISMA Eropah

Cardiff, 20 Jan- Seluruh ahli ISMA Eropah mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Naib …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *