Ahli ISMA UK-Eire Cemerlang dalam Pertandingan Catur Antarabangsa

Manchester, 28 Okt- Aktivis ISMA Sheffield, Sazlee Hidayatullah telah membuktikan kredibiliti beliau sebagai pemain catur berkaliber apabila berjaya melayakkan diri ke pentas final Pertandingan Catur 2020 Chess Grand Final di Manchester tempoh hari.

Setelah mengharungi sesi pusingan awal dengan cemerlang, saudara Sazlee telah mendapat tempat ketiga individu keseluruhan dan tempat keempat secara berkumpulan.

Pencapaian ini telah melayakkan beliau ke pentas final yang akan berlangsung pada Februari tahun hadapan.

Saudara Sazlee yang sempat ditemubual di Sheffield berkata, “alhamdulillah atas berkata doa dan usaha saya berjaya menempah nama di pentas final walaupun setelah berhempas pulas untuk memenangi pusingan awal bertemu dengan pemain catur handalan di seluruh UK”.

Saudara Sazlee turut menyeru kepada peminat permainan catur khususnya pelajar luar negara di UK untuk tidak memendamkan bakat yang ada dan beranikan diri untuk menyertai pertandingan-pertandingan berprestij di seluruh UK

Ujar beliau lagi “dengan cara ini kita dapat menonjolkan bakat-bakat muda pemain catur di Malaysia yang boleh mencabar dan mengatasi pemain catur di peringkat antarabangsa.”

Tambah beliau lagi, “penampilan pemain Malaysia dalam pertandingan antarabangsa sedikit sebanyak dapat menonjolkan nama Malaysia dalam acara ini yang sering kali dimonopoli oleh pemain di sekitar Eropah.”

Saudara Sazlee yang akan beraksi di pentas final menyeru seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan beliau dan rakan-rakan yang lain untuk merangkul gelaran johan dalam pertandingan tersebut.

 

Biro Penerangan ISMA UK-Eire

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Kekuatan Organisasi Kunci Kelangsungan Amal Dakwah di Sheffield

Sheffield, 14 Nov- ISMA Sheffield hari ini kembali semula menyusun strategi dan mengukuhkan organisasi persatuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *