Akhwat ISMA Eropah Mencatat Sejarah!!!
Alhamdulillah dgn izin-Nya, 5 akhwat berjaya menamatkan misi tour winter di UK. Jaulah ini diatur seiring dengan program Speaker Tour Ustaz Azizee Hassan anjuran ISMA Eropah.
26 Disember 2009
Perjalanan kami bermula dari pukul 12.00 tgh hari bersama Tomtom (jenama GPS System) dan kereta sewa kesayangan kami. Kami namakannya Tariq dan Izzah .
Perjalanan pertama dari Edinburgh ke Newcastle yang mengambil masa 2 jam 30 minit. Alhamdulillah salji pada hari itu tidak selebat hari sebelumnya. Jalan raya pada hari itu agak licin namun Allah permudahkan urusan kami. Kedatangan kami di Newcastle di sambut oleh pelajar-pelajar Newcastle yang hadir pada ceramah Ust Azizee yang bertajuk Peranan Mahasiswa Mahasiswi Luar Negara. Selepas ceramah, kami bertaaruf dengan warga Newcastle sambil menikmati makanan ringan yang disediakan oleh adik-adik NUMED. Baru sahaja berkenalan tetapi kami umpama kenalan lama yang sudah lama berpisah. Mereka meraikan kehadiran kami dengan kehangat ukhuwah. Kami berlima bermalam di hall pelajar NUMED.
27 Disember 2009
Keesokan paginya, mereka membawa kami berjalan-jalan di sekitar bandar Newcastle, Millenium Bridge dan Black Castle. Peluang ini kami gunakan untuk mengeratkan ukhwah dengan adik-adik Newcastle.
dari kiri: Aisyah, Arifah, Alina, Nasuha, Hamima, Syamin, Syafiqah, Faqiha, Kauthar
Misi jaulah kami seterusnya ialah Manchester. Kami bertolak dari Newcastle pada pukul 2.45 petang dan sempat sampai ke Manchester sebelum bermulanya Forum Peranan Mahasiswa Mahasiswi Luar Negara anjuran ISMA EROPAH di Mc Dougall Centre pada 6.00 petang dan kami bermalam di rumah ukhti Arifah sebelum meneruskan perjalanan ke Sheffield.
dari kiri: Aisyah, Alina, Nasuha, Kak Rasyidah, Qurratul Ain,Lili, Hamima
28 Disember 2009
Selepas qiam, solat subuh dan Mathurat, Kak Rasyidah menyampaikan tazkirah dan memberi semangat kepada akhwat untuk terus thabat atas jalan dakwah. Kami meneruskan perjalanan ke Sheffield. Kami melalui Snake Lane yang cukup mencabar namun pemandangan alam ciptaan Allah cukup mengagumkan. Lautan salji, kambing biri-biri, pokok-pokok tirus, bukit yg masih berwarna hijau menjadi halwa mata buat kami. Subhanallah!
‘Bukankah Kami telah jadikan bumi itu sebagai hamparan? Dan gunung-ganang sebagai pasak’ (40:6-7)
‘Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis.Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tiada seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu melihat sesuatu yang tidak seimbang?. Kemudian pandanglah sekali lagi nescaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itu pun dalam keadaan payah’ (30:3-4)
Kami tibe di Sheffield untuk menghadiri forum Bila Baju Melayu bertemu Baju Kurung yang telah diadakan di Muslim Welfare House of Sheffield(MWHS). Tajuk hangat ini telah dikupas dengan oleh Ustaz Azizee dan Ukhti Rasyidah. Cinta itu fitrah, namun fitrah itu boleh dikawal, yakni berlandaskan syariat Ilahi. Selepas menghadiri Forum di MWHS kami berkenalan dengan warga Sheffield, Illiyin dan Fatimah. Kami sempat menziarahi rumah Fatimah malam itu yang tidak terlalu jauh dari hall Ukht Alina.
29 Disember 2009
Seterusnya, kami bertolak ke arah selatan menuju ke Cardiff. Alhamdulillah, cuaca cerah memudahkan perjalanan kami ke Cardiff. Perjalanan ini adalah perjalanan paling lama yang mengambil masa selama 4 jam. Kami sampai di Cardiff tepat jam 12 tengahari. Kedatangan kami disambut oleh Haslina, Ili, Atiqah, Izyan, Azyan, Ayuni dan Nabihah. Kami sempat merasai makanan Jepun bersama-sama, berjalan-jalan di Bandar Cardiff, ziarah-menziarahi kawan-kawan yang belajar di situ dan mengadakan sesi taaruf.
Bersama adik-adik Cardiff
30 Disember 2009
Keesokan harinya, kami perlu memulangkan Izzah di London City Airport. Lihat pada dashboard, rupanya ukht Hamima sudah memandu dengan penuh tanggungjawab sejauh hampir 1000 km, melalui 3 jajahan (Scotland, England, Wales) dan 6 tempat (Edinburgh, Newcastle, Manchester, Sheffield, Cardiff, London) tanpa bertukar pemandu! Sesuatu perkara yang mencipta sejarah akhwat! Dimanakah sumber kekuatan itu? Jawapannya Allah swt.
Pengembaraan kami diteruskan di London menggunakan pengangkutan awam. 2 hari berjalan di London kami sempat berjalan di Oxford Street, London Bridge, London Eye, Big Ben, Parliament dan banyak lagi.
Jaulah kami berakhir pada 31 Disember. Semoga memori bersama berjaulah di bumi UK yang luas ini memberi semangat baru apabila berada di tempat masing-masing. Allahuakbar!
Ukht Arifah
MANCHESTER BUMI BERTUAH
Comments
Powered by Facebook Comments









Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Save to delicious
Stumble it
RSS Feed






MasyaAllah..sungguh kagum dengan kegigihan antunna semua. Mengambil semangat & kesungguhan antunna untuk dicontohi. Salam ukhuwwah dari bumi Mesir.