Aktivis ISMA Eropah Santuni Masyarakat di Pedalaman Sarawak

Bintulu, Julai 2017- Seramai hampir 30 orang aktivis ISMA Eropah yang pulang bercuti musim panas di tanah air telah mengambil inisiatif untuk turun beramai-beramai dalam misi bantuan kemanusiaan dan kesihatan di pedalaman Sarawak.

Misi bantuan kemanusiaan dan kesihatan ini telah direalisasikan melalui kerjasama ISMA Eropah dengan NGO seperti Yayasan Ikhlas, Pertubuhan pengamal perubatan I-Medik dan ISMA cawangan Bintulu serta Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) cawangan Sarawak.

Program ini telah berjaya menghimpunkan penduduk kampung Penan Muslim di Kampung Penan Muslim Batu 12, Bintulu, Sarawak. Dianggarkan hampir 100 orang ibu bapa dan kanak-kanak telah menyertai pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan oleh gabungan NGO ini seperti bantuan pemeriksaan kesihatan, sukaneka kanak-kanak dan dewasa, gotong-royong, kuiz kanak-kanak dan program ramah mesra Aidilfitri.

Dr. Khairol Bin Jambli, Penasihat I-Medik cawangan Sarawak turut menyatakan sokongan padu beliau terhadap program ini yang dilihat sedikit sebanyak melatih anak muda tempatan khususnya mahasiswa luar negara untuk ‘terjun’ ke dalam masyarakat untuk melihat sendiri keadaan masyarakat terutamanya di pedalaman Sarawak yang masih memerlukan bantuan material dan Insaniah.

Beliau turut berharap orang ramai terus menyumbang ke dalam tabung Yayasan Ikhlas agar misi-misi bantuan kemanusiaan seterusnya dapat diteruskan dengan lebih rancak lagi.

Seorang daripada peserta dari ISMA Eropah, saudara Hanif Putra yang sempat ditemubual menyatakan ”program ini sangat baik dalam usaha untuk mendekatkan golongan muda terhadap realiti sebenar masyarakat dan membantu masyarakat di luar negara yang memerlukan bantuan asas.

Wakil daripada pihak Yadim, Ustaz Subri dalam ucapan penutup ramah mesra Aidilfitri di kampung itu turut berkata “saya berasa gembira dengan kehadiran rombongan ISMA Eropah, I-Medik dan Yayasan Ikhlas yang sedikit sebanyak membantu pihak Yadim untuk terus menyampaikan kefahaman mengenai Islam kepada penduduk kampung”.

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Air Mata Seorang Pejuang Dakwah

  “Nanti bila dah sampai dekat KL baru buka ya,” ujar Naqibku sambil menyerahkan sepucuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *