Aktivis ISMA UK-Eire Rangkul Anugerah di Nottingham

Nottingham, June- Seorang daripada ahli ISMA UK-Eire saudara Khairul Faiz Bin Mokhtar telah dianugerahkan Notingham Advanced Award baru-baru ini atas pencapaian cemerlangnya dalam bidang akademik.

Nottingham Advanced Award ini merupakan anugerah berprestij di Nottingham University yang mana calon perlu menyudahkan 30 jam kredit modul tambahan dengan cemerlang dalam masa 2 tahun yang merangkumi tugasan media, kemahiran komunikasi, dan karya kreatif.

Saudara Khairul yang juga merupakan pelajar jurusan Sains Komputer berkata, “hasrat utama untuk mengambil modul tambahan ini bertujuan untuk mencabar diri sendiri dalam membahagikan masa antara tugasan akademik sebagai seorang pelajar, ahli ISMA dan kehidupan seharian”.

Ujar beliau lagi “kebanyakan pelajar enggan mengambil modul tambahan ini kerana khuatir ia akan mengganggu prestasi akademik secara keseluruhan kerana modul ini memerlukan komitmen yang sangat tinggi ditambah lagi dengan kehidupan sebagai seorang pelajar yang sudah sedia ada sibuk”.

Memegang moto hidup “hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih” membuatkan beliau terus mencabar dirinya dalam melakukan sesuatu perubahan positif dan merasakan keadaan kehidupan dengan masa yang padat merupakan asas penting seorang individu untuk terus produktif.

Anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini juga berharap suatu hari nanti beliau dapat membuka syarikat IT sendiri untuk membantu anak bangsa menceburkan diri dalam bidang ini serta sama-sama membangunkan negara tercinta. Cemerlang Untuk Ummat!

 

Biro Penerangan ISMA UK-Eire

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Sambutan Pelajar Baharu ISMA Cardiff Meriah

Cardiff, 14 Okt – ISMA Cardiff telah berjaya menganjurkan program “Kick-Start Cardiff” bagi menyambut kedatangan …