Aktiviti ISMA Ireland Sepanjang Disember


MABIT ISMA IRELAND

Pada 10 Disember 2009,ISMA Ireland telah mengadakan Malam Bina Iman dan Takwa(mabit) buat julung kalinya. MABIT tersebut bukan sahaja dihadiri oleh ahli2 ISMA dari Ireland,bahkan turut disertai oleh rakan2 dari Cardiff dan Newcastle. Kehadiran pada malam tersebut dianggarkan kira2 23 orang,10 dari Cardiff,3 dari Newcastle dan selebihnya dari Dublin. MABIT yang berlangsung kira2 sejam,telah diadakan di rumah ikhwah2 Dublin di sekitar South Circular Road memandangkan kesulitan untuk menggunakan masjid sebagaimana yang dirancang pada awalnya.

MABIT dimulakan tepat jam 9 malam dan dipengerusikan akhi faez. Kemudian,akhi Ferdaus meneruskan majlis dengan pembentangan yang bertajuk ‘Perang Qadisiyah’. Secara ringkasnya, ianya berkisar tentang peperangan antara kaum Muslimin dengan Parsi semasa zaman awal perkembangan Islam yang berakhir dengan kemenangan berpihak kepada umat Islam dan membawa kepada jatuhnya Iraq ke tangan Islam. Pembentangan dimulakan dengan penceritaan tentang latar belakang peperangan,strategi dan persediaan kedua-dua belah pihak yang terlibat dalam peperangan.Sepanjang pembentangan,banyak kisah menarik di sebalik tabir peperangan yang penuh pengajaran telah didedahkan.

Pembentangan kemudian diteruskan dengan tayangan video tentang peperangan tersebut. Seterusnya,MABIT diteruskan dengan perbincangan sesama ikhwah tentang peperangan dan diakhiri dengan sesi taaruf memandangkan ramai ikhwah yang masih tidak mengenali antara satu sama lain. Pada pagi keesokannya,ikhwah2 melakukan qiamullail secara bersendirian memandangkan kesempitan ruang tidak mengizinkan qiamullail dilakukan secara berjemaah.

BAJU KURUNG VS BAJU MELAYU

Bertempat di Malaysian Hall Dublin,telah diadakan satu program TALK SHOW yang bertajuk baju kurung vs baju Melayu pada 19 Disember 2009. Program tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Azizie dan Akhi Hazman yang diimport khas dari Malaysia dan dipengerusikan oleh saudara Ferdaus Tahar. Program tersebut oleh dihadiri oleh pelajar-pelajar perubatan Dublin,kira-kira 20 orang. Program ini telah dianjurkan bersama oleh ISMA Ireland dan Kelab Umno Dublin.

Antara yang dapat dipetik dari perbincangan tersebut adalah persoalan mengenai cinta.. ‘cinta adalah suatu perkara yang suci dan tidak akan dimiliki ia melainkan orang yang mempunyai hati yang suci’..kata ustaz Azizie. Turut ditekankan kaitan antara hijrah dan cinta memandangkan sambutan awal Muharam baru sahaja berlalu. Akhi Hazman pula banyak menceritakan pengalaman bercinta jarak jauh dan cabaran dan dugaan menjadi suami kepada doktor.

perbincangan selepas talk-show

Ramai peserta telah mengajukan soalan pada ahli panel. Antaranya tentang persiapan diri sebelum berkahwin dan cara memelihara pandangan. Secara keseluruhannya,program ini telah banyak merungkai banyak persoalan yang sebelum ini menjadi tanda tanya kepada para peserta sebagai remaja dan ia telah mendapatkan maklum balas yang positif.

Disediakan oleh,

Akhi Faezuddin

RCSI Dublin

Related Posts with Thumbnails
http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/google_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/myspace_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/facebook_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/twitter_48.png

Comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Comment