Antara Tahu, Percaya, dan Yakin

Suatu hari, terdapat seorang lelaki yang datang ke sebuah kampung. Tiada siapapun yang pernah melihat lelaki itu. Maka penduduk kampung pun bertegur sapa dengan lelaki itu untuk mengenali dia. Lelaki itu pun mengatakan bahawa dia seorang pahlawan yang berkemahiran tinggi khususnya dalam memanah. Setiap panahannya tidak boleh tidak akan kena tepat pada sasaran. Melihat susut tubuh badannya yang kecil ,hanya segelintir yang mempercayainya. Maka untuk buktikkan kemahirannya, dia baling sebiji epal dan memanahnya. Seperti kenyataannya, panahan itu tepat pada tengah-tengahepal tersebut. Ramai yang kagum akan kehebatan lelaki itu. Kemudian lelaki itu menawarkanganjaran untuk siapa-siapa yang berani meletakkan epal di atas kepalanya untuk dipanah, tiada yang menyahut cabarannya….

Cerita di atas merupakan analogi mudah untuk memahami maksud tahu, percaya dan yakin. Apabila seseorang itu mendapat suatu informasi, maka dia menjadi orang yang tahu, sama dia percaya atau tidak informasi itu. Apabila kenyataaan atau informasi itu dapat dibuktikan maka pada ketika itu manusia akan mempercayai. Bagaimana pula dengan yakin? Apakah definisi yang sesuai untuk yakin. Jawapan mudah adalah setinggi mana kepercayaan kita terhadap sesuatu. Oleh itu,untuk mengetahui keyakinan kita maka tidak boleh tidak kita harus DIUJI!

UJIAN

Kehidupan kita penuh dengan ujian, bahkan kehidupan itu sendiri merupakan ujian yg Allah berikan kepada kita. Mungkin ada yang tidak suka ujian maka bertanya, mengapakah Allah menguji manusia. Maka ingatlah firman Allah dalam surah al an-Kabut

”Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”,sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (QS Al-Ankabuut 2-3)

Dalam ayat ini kita mengetahui bahawa iman kita tidak dibenarkan dengan pengakuan kita sendiri tetapi dengan ujian yang diberikan kepada kita. Itulah lumrah kehidupan seorang mukmin, orang yang beriman/yakin. Dan bagaimana seorang mukmin itu menghadapi ujian? Mereka melaluinya dengan dua prinsip mudah, sabar dengan kesukaran dan syukur dengan nikmat kerana walaupun kerana kedua-dua tu hadir untuk menguji manusia. Ingatlah bahawa Allah menguji kita bukan supayaAllah tahu siapa yang beriman . Sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui .Dia menguji supaya diri manusia itu sendiri tahu di manakah tahap imannya.

TAHAP KITA

Oleh itu, tepuk dada tanya iman, dimanakah kita? Adakah kita hanya mengetahui pahala dan dosa, syurga dan neraka tetapi meragui? Atau kita percaya Allah dan ajarannya hanya apabila kita ditimpa kesusahan? Tanya diri, adakah orang yang beriman dan yakin hanya akan berhajat pada Allah hanya apabila menjelang musim peperiksaan tetapi kembali kepada rutin biasa selepas selesainya peperiksaan. Adakah manusia yang yakin dengan kewujudan dosa dan neraka, akan masih melakukan maksiat tanpa rasa bersalah malah bangga dengan maksiat itu? Fikirkanlah…..

CARA

Terdapat beberapa cara yang untuk tingkatkan keyakinan tetapi saya akan kongsikan satu cara sahaja. Cara yang saya berikan berikan ini bukan sahaja sesuai untuk meningkatkan keyakinan kita kepada Allah, tetapi ia juga sesuai untuk meningkatkan kepercayaan kita kepada manusia atau apa-apa sahaja. Caranya adalah dengan MENGENALI, atau dalam konteks ini adalah mengenali Allah. Ya, cara ini merupakan asas untuk kita untuk memberi kepercayaan dan keyakinan kepada sesuatu.

Ingatkah anda akan pepatah ‘tak kenal maka tak cinta?’. Tidak mungkin seseorang itu akan mencintai jika dia tidak yakin akan orang itu. Begitulah juga dengan Allah, untuk beriman kepada Allah dan agamanya manusia harus belajar dan mengenalinya. Kerana itu ulama tauhid mengatakan ; awaluddin makfiratullah (awal-awal agama itu ialah mengenal Allah). Sekiranya kita tidak tahu bahawa Islam membawa cara hidup yang lengkap,atau Allah itu tidak membebankan hambanya malah segala syariat agama untuk menjaga hambanya, mana mungkin seseorang itu akan menyakini risalah2 agama ini.

KESIMPULAN

Oleh itu, saya berpesan kepada diri saya dan orang lain agar berusahalah untuk mengenali Allah. Bacalah tafsir2 Al-Quran untuk mengetahui agama ini, bacalah sirah-sirah nabi untuk menyakinkan kita tentang perjuangan Islam ini. Sesungguhnya ujian itu pasti, kitalah yang pilih sama ada kita ingin menempuhi jalan berduri ini dan keluar darinya sebagai orang yang beriman, atau merungut tentang ujian Allah kemudian mati dalam kerugian.

Wallahualam.

don__t_stop_believing_by_imrhymee-d5kdar9

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Pengalaman Aktivis ISMA Eropah di Tanah Suci: Menjejak ‘Wahyu’

Hari ini mengambil kesempatan untuk menziarahi gua hira’. Kedudukannya terletak 5.7km dari hotel tempat saya …