Apa Kaitan Ghadir Khum, Syiah dengan Sunnah

Kerana kami komited tangani isu serangan akidah
termasuk penyebaran fahaman Syiah

Hujung-hujung bulan Zulhijjah ni, istilah Ghadir boleh terdengar di sana sini. Istilah ni segar semula dalam kepala saya apabila terpandang poster ceramah tentang Ghadir tertampal di surau universiti. Kali pertama mendengar tentangnya adalah ketika belajar tentang Syiah di Kmb suatu ketika dulu. Sekadar ingin mengetahui apa yang Syiah perkatakan tentang topik ini, sempat saya duduk mendengar ceramah mereka tersebut. Berikut serba ringkas tentang isu Ghadir Khum (Edisi for Dummies).

Apa itu Ghadir Khum?
Ghadir Khum merupakan nama tempat yang terletak 250 km dari Mekah menuju ke Madinah (rujuk peta). Ia menjadi tempat persinggahan Rasulullah saw selepas Haji Perpisahan (Hajjatul Wada’) tahun 10 Hijrah untuk menyampaikan suatu khutbah penting yang menurut Syiah, merupakan saat pelantikan Saidina Ali ra sebagai khalifah. Peristiwa Ghadir Khum dijadikan perayaan bagi Syiah atas sebab sempurnanya agama Islam selepas pengumuman tersebut.

Apakah kandungan khutbah atau matan hadisnya?
Petikan yang akan menjadi hujah Syiah dan perbincangan di kalangan ulama Sunnah adalah tentang Saidina Ali ra. Sambil memegang tangan Saidina Ali ra, baginda saw bersabda, “Barangsiapa yang aku adalah mawlanya maka ‘Ali adalah mawlanya.” Begitu juga dalam petikan hadis yang lain, “Sesungguhnya ‘Ali adalah daripada aku dan aku adalah daripadanya (‘Ali) dan dia (‘Ali) adalah wali bagi setiap orang beriman sesudahku.”

Hadis ini diriwayatkan sahih oleh bilangan perawi yang sangat ramai, baik dalam kalangan perawi syiah mahupun sunnah seperti Imam at Tirmidzi, Ibn Majah dan Ahmad rhm.

Apa yang akan Syiah ceritakan?
Syiah mendakwa Saidina Ali ra telah dipilih oleh Rasulullah ketika itu untuk menjadi khalifah selepas kewafatan baginda, sekaligus membuktikan bahawa aliran mereka merupakan ajaran yang benar. Maka Saidina Abu Bakar, Umar dan Usman ra dianggap sebagai penderhaka kerana merampas jawatan khalifah selepas kewafatan baginda.

Bagi mereka, Rasulullah amat berat untuk menceritakan pelantikan Saidina Ali ra sebagai pengganti beliau, namun disebabkan turunnya ayat al Maidah, 5:67, maka baginda mengumumkannya kepada sahabat-sahabat di situ.

Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.

Apa yang sebenarnya berlaku?

  • Rasulullah tidak menggunakan perkataan khalifah apabila mengucapkan hadis tersebut sebaliknya mawla (penolong / pelindung). Seandainya baginda ingin melantik Ali sebagai khalifah selepas baginda, sudah tentu baginda akan mengucapkan perkataan khalifah dengan jelas.
  • Apabila Rasulullah mengatakan Ali ra sebagai sebahagian daripada diri baginda, bukan bermakna Ali merupakan pemimpin (khalifah) seperti baginda, sebaliknya merupakan penghormatan terhadapnya agar beliau gembira. Bahkan Rasulullah pernah bersabda hadis yang sama kepada sahabat bernama Julaibib ra dan golongan bernama al Asyariyyin dalam hadis yang lain.
  • Saidina Ali ra yang dijadikan subjek Rasulullah ketika baginda menuturkan hadis tersebut pun tidak menuntut jawatan khalifah daripada Saidina Abu Bakr selepas kewafatan baginda saw, bahkan Saidina Ali membaiat Saidina Abu Bakr sebagai khalifah.
  • Kata orang Syiah, Ali ra sengaja tidak mahu menuntut jawatan tersebut untuk mengelakkan perpecahan umat Islam ketika itu. Namun ia tidak munasabah kerana seolah-oleh menganggap Ali ra sebagai pembelot kepada wasiat Rasulullah saw dan juga penakut sedangkan Ali ra sudah jelas merupakan sahabat yang setia dan berani.
  • Ayat tentang sempurnanya agama Islam diturunkan ketika Haji Wida’, bukannya ketika peristiwa Ghadir Khum ini. Ini boleh dilihat dalam banyak hadis yang sahih diriwayatkan oleh Imam al Bukhari, Muslim dan lain-lain.

Apa kesimpulan yang boleh dibuat tentang Ghadir Khum ini?
Secara umumnya, hadis dan peristiwa Ghadir Khum ini bukannya tentang soal pelantikan khilafah sebaliknya ingin memuliakan status Saidina Ali ra.

Bagi saya sendiri, tindakan membangkitkan isu ini tidak berasas dan tidak berfaedah. Sudah jelas ulama kita menjelaskan tentang sahnya pemerintahan Khulafa’ Rasyidun yang empat. Salah gayanya, membangkitkan isu ini mampu mengundang perpecahan dalam kalangan umat Islam seperti yang berlaku sekarang terutamanya di negara yang bergolaknya perselisihan antara syiah dan sunnah. Moga syubhat seperti ini tidak tersebar luas dalam kalangan umat Islam negara kita Malaysia pula. Ameen.

Rujukan:
1. Dr Abdullah Yasin, Aqidah Syiah Ke 12 – Ghadir Khum, YouTube.com
2. Hafiz Firdaus, Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syi‘ah al-Rafidhah dalam Persoalan Khalifah, HafizFirdaus.com.

Di atas semangat yang sama, ISMA menolak penyebaran ajaran Syiah di kalangan orang Melayu. Kita menyokong langkah kerajaan yang mengharamkan penyebaran ajaran Syiah di kalangan orang Melayu. Malaysia adalah negara sunni dan ia wajib kekal begitu. Penyebaran ajaran Syiah di kalangan orang Melayu boleh menjejaskan perpaduan dan boleh menyebabkan agenda Islam digagalkan pada masa akan datang.
[Presiden ISMA Abdullah Zaik, Ucapan Dasar AGM Isma 2011]

Faqih Aqili Ahmad Shuhaili
Bendahari ISMA Eropah
University of Sheffield
Blog: Mengajar dan Belajar

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>