Articles By: admin

Mengenang Umur Manusia

Mengenang Umur Manusia

Umur manusia yang pendek itu dapat kita bahagikan kepada beberapa fasa iaitu fasa (1) Kanak-kanak, (2) Fasa Dewasa, dan (3) Fasa Tua. Namun demikian, daripada 3 fasa ini, dapat pula kita bahagikan kepada menjadi 4,5 atau 6 fasa ataupun lebih supaya dapat memberi kesan terhadap tujuan pembahagian kita. Ada sesetengahnya membahagikan kepada10 fasa seperti senarai di bawah berikut:

Andai Dosa Itu Allah Zahirkan

Andai Dosa Itu Allah Zahirkan

Bayangkan sekiranya dosa-dosa yang kita lakukan Allah zahirkan. Bayangkan sekiranya segala cacat cela kita dipaparkan. Bayangkan juga sekiranya kelemahan kita diketahui umum. Alangkah hinanya yang kita rasakan pada waktu itu. Betapa sukarnya untuk kita berhadapan dengan masyarakat umum.

Pernahkah kita bermuhasabah sejenak? Apakah selama ini kita tidak merasa malu disaat kita melakukan dosa? Apakah pandangan di mata manusia itu lebih penting berbanding di hadapan mata Allah? Fikir-fikirkan …

Warkah Terakhir

Warkah Terakhir

Besok merupakan peluang dan harapan terakhir aku bertarung dengan sesuatu yang pasti iaitu mati. Aku telah disahkan oleh pakar menghidap ‘brain tumour’ dan kini telah berada pada tahap kritikal yang memerlukan pembedahan. Dan besok aku akan menjalani pembedahan bagi membuang tumour tersebut walaupun aku tahu peluang untuk kembali seperti biasa sangat nipis. Namun aku gagahi juga kerana sudah tidak mampu lagi menanggung kesakitan dan itulah jalan terakhir.

Si Bidadari

Si Bidadari

Duhai si bidadari syurga
Tenanglah kamu di alam sana
Tiada lain melainkan syurga buatmu
Insan suci dari dosa dan noda
Sabarlah ayah, sabarlah ibu
Di akhirat kelak
Dia pasti menunggumu di pintu syurga

Kuliah Hadis dan Sirah 15 Mac

Kuliah Hadis dan Sirah 15 Mac

Biro Dakwah ISMA Eropah menjemput semua pelajar khususnya di benua Eropah ini untuk turut menyertai kuliah online sekitar hadis dan sirah.

Tarikh: 15 Mac 2012 (Khamis)
Masa : 8 Malam (GMT: Waktu UK, Ireland)

Cerpen: Senyum Hati

Cerpen: Senyum Hati

Malam itu, Salwa terlena dalam mimpi indah. Dalam mimpi itu, dia lihat emaknya, Limah tersenyum bangga lihat Salwa berdiri sebelah Kak Amirah. Lepas itu dia dan Kak Amirah masuk ke dewan kuliah sama-sama belajar dengan pensyarah.

Salwa senyum dalam hati. Hingga ke pagi.

Bicara Bumi Suci

Bicara Bumi Suci

Duhai saudara,
Tabahlah hati sabarlah jiwa,
Berjuangmu demi kesucian agama,
Dengan iman dan gentar tiada,
Menjaga maruah dari si pendusta,
Dari terus diperlekeh dicerca,
Demi Allah demi agama,
Pedang dan doa menjadi senjata,
Menegakkan Islam untuk insan bernyawa,
Menantimu disana balasan syurga,

Tembok Zulqarnain

Tembok Zulqarnain

Jahatnya Yajuj dan Majuj ini digambarkan Ibn Kathir rhm pada tahap penduduk kawasan tersebut sudah tidak tahan dengan kelakuan mereka sehinggakan mahu ada tembok pemisah antara mereka. Lalu dengan ilmu kejuruteraan baginda Zulqarnain, terbinalah sebuah tembok yang menghalang Yajuj Majuj ini daripada memanjat keluar mahupun menebuknya. “Ma sthaa’uu an yazharuuhu, ma stathaa’uu lahu naqba.”

ISMA Sokong Bantahan Terhadap Pelaksanaan Resolusi Berkaitan LGBT

ISMA Sokong Bantahan Terhadap Pelaksanaan Resolusi Berkaitan LGBT

PEMBELA berpendapat bahawa resolusi tersebut telah meletakkan golongan LGBT di tempat yang salah iaitu dengan memberikan pengiktirafan yang megelirukan tanpa menyelesaikan permasalahan sebenar mengikut lunas agama dan nilai-nilai sebenar kemanusiaan.

Susulan tindakan meluluskan resolusi tersebut, NGO-NGO Hak Asasi Manusia (HAM) di Malaysia dipercayai telah aktif melaksanakan siri-siri program seperti Seksualiti Merdeka yang kononnya memperjuangkan mereka yang ditindas sebagai minoriti oleh kerana mengamalkan orientasi seksual di luar tabie.

Having Meal Together

Having Meal Together

Everyone must turn up during dining time and tv was a no-no during meal time, let alone having my meal in front of the tv.

This is the time when I love the most. Other than scrumptious food cooked by ummi, everybody is catching up with everyone. Since all my siblings were sent to boarding school (one still stuck there), sitting together n chit-chatting once a month became a special event for us.

Related Posts with Thumbnails