Ayam Palembang dan Hantu!


Hari ini langsung tiada ‘mood’ untuk memasak kerana aku merasakan asa kesakitan yang mencucuk-cucuk. Namun, kugagahi jua kudratku kerana ia adalah amanah. Puas aku meminta idea dari pada rakan-rakan tentang apa yang perlu aku masak. Kutemui dua benda; ayam masala dan ayam palembang.

Aku beriadah juga bersama mangkuk dan periuk dalam penuh kesungguhan. Berbekalkan semangat mencuba, aku memilih ‘Ayam Palembang’.

Entah apa rasanya!

Setelah masak, aku terus menjamu seluruh ahli baitul Isra’ yang kucintai termasuk seorang ahli jemputan En. A dari rumah dekat-dekat Grand Canal itu, Portobello.

Semua mereka bergembira makan taugeh (taugeh susah nak cari di kota Dublin, thanks N) bersama Ayam Palembang.

Ditengah kegembiraan menjamu selera. Entah bagaimana termasuk ke topik Hantu setelah beberapa ketika berbual mengenai lauk dan sekolah lama. Namun, apa yang menarik adalah cerita tentang berbagai jenis hantu yang wujud. Ada hantu melayu, ada hantu inggeris dan tak tahu pula hantu palembang macam mana.

Orang melayu memang sinonim dengan cerita hantu. Manakan tidak, sejak anak-anak hingusan lagi kita dimomok dengan ‘hantu’, jarang diajar takutkan ‘tuhan’. Imbau kembali zaman kanak-kanak kita, setiap kali pulang mengaji di hujung kampung acapkali kita atau kawan-kawan kita berlari balik kerumah kerana takutkan hantu. Kalau tidak berlari mesti kita mengayuh selaju-lajunya hingga tercungap-cungap dihadapan rumah. Lawak bukan?

Al-Quran kita letakkan di rumah untuk menghalau hantu syaitan. Baca pun bila mak suruh pergi mengaji di rumah ustaz. melihat makna apatah lagi. Bagaimana nak memaknakan hidup dengan Al-Quran kalau kita cukup berbangga dapat menghalau hantu syaitan? Ataupun dapat meningkatkan kepintaran anak melalui air jampi dari ayat-ayat Al-quran.

Benar, Al-Quran adalah As-syifa’ (penyembuh). Namun, rahmatnya lebih besar dari itu. Sekeras-keras gunung pun tidak mampu menerima Al-Quran. Al-Quran diberi kepada makhluk yang paling hebat, MANUSIA. Kenapa? Kerana manusia boleh memaknakan Al-Quran. Manusia mampu mengekspresi Al-Quran dalam setiap sistem dan konteks kehidupan.

Kita mampu hidup di bawah naungan Al-Quran. Caranya kita mesti memaknakan hidup kita sendiri dengan Al-Quran. Memenuhi setiap misi dan denyut darah kita dengan Islam. Memahami makna ibadah kepada Allah dan ibadah kepada taghut.

Ayam palembang atau hantu bukan menjadi soal. Kita memang sedar hantu hanya mewarnakan hidup kita dan tidak mampu membawa mudharat tanpa izin Allah.

Namun yang penting adalah akidah kita dan keimanan kita kepada Al-Quran. Adakah kita hanya yakin Al-Quran sebagai bacaan semata tanpa perlu merealisasikannya?

Apakah perasaan anda jika anda mempunyai hamba yang anda amat sayangi, anda berinya makan dan kasih sayang. Apabila dia bersedih anda dodoikan. Namun apa yang anda suruh dia tidak lakukan. Semua suruhan anda dia akan sebut berulang-ulang tanpa perbuatan. Bahkan lebih lima kali sehari dia sibuk menyebut apa yang anda suruh, namun anggotanya masih duduk ‘rileks’ di sofa.

Apa perasaan anda?

Marah.

Allah maha pengasih dan penyayang tidak marah. Tidak menurunkan azab kepada kita kerana kita tidak melakukan suruhannya. Lupakan sebentar isu yoga dan Shah Rukh Khan. Lupakan sebentar kutukan-kutukan kita terhadap orang lain. Mari menilai diri sendiri. Dimanakah kita?

Bersama ini disertakan resepi Ayam palembang yang dimasak sebentar radi. Terima kasih atas ucapan dari kawan-kawan. Sejuk hati bila kawan-kawan makan dengan selera.

_______________________________________

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (kalau kat Dublin beli la Chicken Leg potong 3!)

1 biji kelapa parut (hehe..santan tin pun boleh)

6 tangkai cili merah (dublin punye pedas skit..hati2)

7 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 batang serai

1 cm halia

1 sudu puri tomato (beli kat Aldi murah oo)

3 kuntum bunga cengkih

2 cm kulit kayu manis

2 biji buah pelaga

½ cawan minyak makan

1 tin kecil kacang pis

Garam

Caranya:

Ayam dibersih, potong ikut suka hati. Gaulkan dengan garam, kemudian digoreng hingga kuning. Halia, serai, bawang-bawang & cili digiling (kalau rumah ader blender gunakan) sampai lumat. Panaskan minyak di dalam periuk & tumiskan bahan-bahan yang digiling tadi.

Masukkan bunga cengkih, kulit kayu manis

& buah pelaga. Bila kuning & wangi, masukkan tomato & garam juga santan. Bila mendidih masukkan ayam & kacang pis.

Mohd Ferdaus Mohd Tahar

Rathmines, Dublin

22 November 2008

Related Posts with Thumbnails
http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/google_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/myspace_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/facebook_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/twitter_48.png

Comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Comment