Bagaimana JUMS Membuka Mata Saya Akan Hakikat Menjadi Seorang Muslim

Hari ini Media ISMA Eropah mengucapkan ribuan tahniah kepada jawatankuasa pelaksana Jalinan Ukhwah Musim Sejuk (JUMS) 2017 atas penganjuran program yang sangat baik. Walaupun tempoh 4 hari 3 malam sudah habis ditempuh oleh para peserta dan ajk JUMS namun mesej dan seruan program ini merantas garis masa program. Kesedaran yang cuba dibawa lebih besar daripada laungan yang berkumandang selama program itu berlangsung.

Media ISMA Eropah hari ini sempat menemubual salah seorang peserta yang pertama kali menyertai JUMS 2017. Beliau ialah Muhammad Irham Bin Jamal pelajar Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik Universiti of Manchester. Berikut merupakan isi kandung bual bicara kami bersama saudara Irham:

 

  1. Apakah pengalaman yang paling bernilai saudara dapat ketika jums?

Pengalaman paling bernilai adalah dari aspek pengisian yang ditawarkan di mana ianya mendorong kepada pemikiran kritis serta peka pada isu semasa mengenai umat Islam. Sebagai contoh, sesi LDK yang disediakan memerlukan para peserta untuk menjawab beberapa soalan kritis, dalam masa yang sama memberi ruang kepada peserta untuk mengkaji semula prinsip hidup mereka lantas mengukuhkan jati diri mereka sebagai seorang anak melayu muslim.

 

  1. Bagaimana topik dan modul yang dibentangkan oleh penceramah mempunyai kaitan dengan kehidupan saudara?

Topik dan modul yang dibentangkan sebenarnya amat berkait rapat dengan kehidupan seorang individu muslim kerana ianya meliputi ancaman-ancaman terhadap Islam lantaran itu mempersoalkan apakah tanggungjawab kita sebagai individu muslim. Sebagai contoh, portal liberal yang mendapat tontonan umum yang banyak menggunakan kelompok Islam minoriti yang berfikiran liberal sebagai hujah bagi menyokong ideologi mereka walhal ianya bukanlah suara majoriti masyarakat muslim. Hal ini membuatkan para peserta lebih peka untuk tidak mudah terpengaruh dengan portal-portal liberal ini serta peserta perlu lebih giat bersuara menentang portal-portal ini bagi menzahirkan suara majoriti umat Islam yang sebelum ini bagai tertutup ditenggelamkan oleh portal-portal liberal.

 

  1. Setelah menghadiri jums selama 4 hari 3 malam, adakah saudara kini jelas akan hakikat sebenar hidup sebagai seorang muslim? Mohon huraikan

Ya, JUMS telah membuka mata hakikat tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap individu muslim. Setiap individu muslim wajib membela agamanya serta saudara seagamanya sebagaimana hadis yang dirawayatkan dalam shahih muslim dan bukhari “wala yu’minu ahadukum..”. Hal ini secara tidak langsung menerangkan perjuangan yang harus digalas oleh seorang muslim dan perjuangan ini tidak akan pernah berakhir selagi mana roh tidak terpisah dari jasad. Perjuangan setiap individu muslim mestilah berteraskan al-Quran dan sunnah agar ianya jelas yang manakah hak dan yang manakah yang batil serta yang manakah hizbullah dan yang manakah hizbusyaiton. Perjuangan ini pastinya memerlukan pengorbanan dari pelbagai aspek seperti masa, kewangan serta tenaga.

 

  1. Adakah saudara/saudari kini jelas akan halatuju dan perjuangan ISMA?

Ya, matlamat perjuangan ISMA kini lebih difahami setelah menyertai JUMS.

 

  1. Apakah tanggapan saudara terhadap ISMA setelah menghadiri JUMS?

Setelah mengahadiri JUMS, kepentingan ISMA dalam masyarakat Islam Malaysia lebih difahami. ISMA merupakan medium yang sangat baik bagi memperjuangkan matlamat orang melayu Islam serta dalam masa yang sama membina suasana yang baik bagi ahli-ahlinya untuk terus istiqomah dalam perjuangan Islam. Kewujudan ISMA di Malaysia juga dilihat sangat signifikan bagi membela agama Islam di Malaysia tambahan lagi dengan keadaan akhir zaman di mana umat Islam ditalu dengan berbagai-bagai ancaman.

 

  1. Hari ini, apakah matlamat sebenar hidup saudara?

Matlamat hidup baharu yang telah dibina setelah menghadiri JUMS ialah berjuang dalam menegakkan syiar Islam serta mendukung perjuangan-perjuangan yang diyakini membela agama Islam. Dalam pada itu, perjuangan menentang hizbusyaiton juga perlu dilaksanakan. Semoga Allah membantu perjuangan kita ini.

 

 

Biro Penerangan ISMA UK-Eire

 

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Kunjungan NYDP ISMA Kota Kinabalu Suntik Semangat Ahli ISMA Eropah

Cardiff, 20 Jan- Seluruh ahli ISMA Eropah mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Naib …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *