Baju Melayu dan Baju Kurung bertemu Di Sheffield
SHEFFIELD, 28 Disember – Sheffield sekali lagi melakar sejarah setelah berjaya menjayakan sebuah forum yang bertajuk “ Baju Melayu Baju Kurung” yang dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia United Kingdom bahagian utara. Forum ini merupakan forum yang pertama yang telah berjaya diadakan di bumi Sheffield.

Melihatkan ramaja sekarang ramai yang rosak akhlaknya, tidak kurang juga banyak di antara mereka yang mudah terjerumus ke dalam kancah kemaksiatan akibat daripada bercinta. Jadi bagi membimbing remaja-remaja terutamanya di Sheffield, maka Ikatan muslimin Malaysia telah mengambil langkah yang proaktif dengan mengadakan forum berkaitan dengan cinta kaum adam dan hawa ini.
Forum ini telah dihadiri seramai hampir 30 orang ikhwah dan akhawat yang sememangnya bersemangat untuk menimba ilmu bagi membimbing mereka kearah cinta yang sebenar dan cinta yang dibolehkan oleh islam. Seramai 2 orang ahli panel telah dijemput khas dari Malaysia iaitu Ustaz Azizee bin Hasan seorang graduan dari University Yarmouk dan seorang lagi adalah dari pihak baju kurung Ukhti Rashidah graduan dari University Islam Antarabangsa (UIA).
Antara topik menarik yang dibincangkan di dalam forum tersebut adalah, bagaimana untuk bercinta berlandaskan islam, bagaimana memilih dan menilai calon suami atau isteri, perkongsian pengalaman bercinta oleh panel-panel dan macam-macam lagi, telah menarik perhatian semua hadirin yang hadir. Memandangkan tajuk seperti ini ditunggu-tunggu oleh student yang berjiwa remaja jadi tidak hairanlah bermacam-macam soalan yang diajukan sehinggakan forum ini terpaksa dipanjangkan bagi menghormati soalan yang diajukan oleh para hadirin dan hadirat semua.
Diharapkan pogram seperti ini dapat diteruskan bagi masa-masa akan datang supaya membetulkan persepsi remaja masa sekarang akan pentingnya menjaga hubungan dalam islam apatah lagi bercinta tidak berlandaskan islam.
Dilaporkan oleh
Kejernihanku








Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Save to delicious
Stumble it
RSS Feed






Comments
Powered by Facebook Comments