Bengkel Pengukuhan Organisasi ISMA Ireland Asah Kepimpinan Mahasiswa

Dublin, 27 Jan- Jawatankuasa ISMA Ireland hari ini telah berjaya menganjurkan bengkel pemantapan organisasi ISMA Ireland bertempat di Malaysia Hall, Dublin.

Bengkel yang telah dimulakan dengan ucapan dari Ketua Perhubungan ISMA Ireland itu telah dijalankan bertujuan untuk melahirkan generasi pelapis pimpinan ISMA Ireland yang mampu menggerakkan agenda dakwah dan tarbiyah di Ireland.

Pengarah program, saudara Mohamad Asraff yang sempat ditemubual Media ISMA Eropah berkata, “program ini sebenarnya telah ditunjukkan betapa ISMA Ireland mempunyai aktiviti dan program lebih daripada sekadar usrah malah mencakupi bidang ‘soft skills’ yang sangat diperlukan oleh mahasiswa hari ini.”

Tambah beliau, “agenda dakwah dan tarbiyah hari ini memerlukan seorang pemuda yang lengkap dengan kemahiran kepimpinan kerana kita ingin melahirkan generasi bukan sekadar naqib dan naqibah malah pemimpin kepada kebangkita Islam pada suatu hari nanti.”

Ketua Perhubungan ISMA Ireland, saudara Hazreen Ismail menegaskan, “bengkel pemantapan organisasi ini penting untuk memastikan ISMA Ireland terus memimpin cara fikir dan aktivisme para mahasiswa di Ireland.

Program ini juga turut disusuli dengan bengkel media dan komunikasi yang telah disampaikan oleh Ketua Biro Media dan Komunikasi ISMA UK-Eire, saudara Muhammad Thalhah Bin Kamarol Zaman.

 

Biro Media dan Komunikasi ISMA UK-Eire

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Video Syukur Ungguli Tempat Pertama Pertandingan Video NEXT Sheffield

Sheffield, 18 Okt – Video Syukur keluaran Media ISMA Eropah dengan kerjasama ISMA Cardiff hari …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *