Berbekalkan Kasih dan Semangat Perjuangan

Cardiff, Sheffield, May 2017- Ahli ISMA seluruh UK menyambut bulan Ramadhan dan musim peperiksaan pada tahun ini dengan menyediakan ‘starter pack’ Ramadhan dan ‘kit exam’ untuk diedarkan kepada seluruh pelajar muslim dan Malaysia. Berbekalkan moto ‘berbekalkan kasih dan semangat perjuangan’ ISMA UK-Eire berharap agar semua pelajar Malaysia di UK dapat menghadapi musim peperiksaan dengan jayanya di samping meningkatkan mutu amal ibadah di bulan Ramadhan. Musim peperiksaan dan bulan Ramadhan merupakan masa yang sesuai untuk para pelajar untuk melatih diri agar dapat membahagikan masa dengan baik di antara mengulang kaji pelajaran dan aktiviti-aktiviti bulan Ramadhan seperti solat tarawikh, tadarus Al-Quran dan bangun malam untuk solat sunat.

Salah seorang aktivis ISMA yang terlibat saudara Faris menyatakan “starter pack Ramadhan dan kit persediaan exam ini membantu para pelajar sedikit sebanyak untuk menghadapi bulan Ramadhan dengan edaran waktu berbuka puasa dan kurma” ujar beliau ketika ditemu ramah. Amalan mengedarkan buah tangan ini merupakan amalan yang baik untuk dipraktikkan dan dimulakan dalam kalangan masyarakat muslim di UK bagi menghidupkan suasana Ramadhan itu.

Saudara Hafiz yang merupakan pelajar di Sheffield turut meluahkan rasa teruja ketika terlibat sama dalam program ini. Ujar beliau ” kit persediaan exam ini menunjukkan betapa ISMA UK-Eire begitu cakna dan rapat dengan komuniti muslim setempat”.

Diharapkan program sebegini dapat diteruskan untuk masa akan datang malah ditambah baik untuk kebaikan komuniti setempat. insyAllah

 

laporan disediakan oleh Muhammad Thalhah

 

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Pengiktirafan Baitul Maqdis Sebagai Ibu Negara Israel Bukti Pengkhianatan Amerika Syarikat

Donald Trump hari ini akhirnya membuat satu pengumuman yang mengejutkan jutaan umat Islam apabila secara …