‘Booth’ ISMA Eropah memeriahkan Nottingham Games

NOTTINGHAM, 6 November- Temasya Sukan Tahunan Pelajar-pelajar Malaysia 2010 yang ke-26 (The 26thNottingham Malaysian Games 2010) telah berlangsung dengan jayanya bertempat di University of Nottingham, UK. Temasya sukan ini merupakan acara yang dinanti-nantikan oleh seluruh pelajar Malaysia di bumi United Kingdom ini memandangkan ia mempertemukan semua pelajar yang mewakili universiti atau lokaliti masing-masing serta penyokong-penyokong. Antara acara-acara yang dipertandingkan termasuklah  bola sepak, bola jaring, bola keranjang, bola tampar, badminton, tenis, squash, snooker, catur dan scrabble. Beberapa permainan tradisional seperti congkakdan batu seremban turut dipertandingkan.

Bersama tetamu-tetamu kehormat yang turut mengunjungi pameran ISMA Eropah

Selain itu, pelbagai pameran dan gerai-gerai makanan dibuka sepanjang temasya sukan tersebut. Temasya sukan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Zakaria (Duta Malaysia ke United Kingdom). Tetamu kehormat yang turut hadir ialah Prof. Dr. Rosman, Encik Raja Badrulnizam dan Encik Khairul  selaku wakil daripada Malaysian Student Department, London.

Bertempat di bangunan Portland, University of Nottingham, ISMA Eropah tidak ketinggalan mengambil bahagian untuk pameran dan membuka gerai makanan.  Ahli-ahli ISMA Eropah sama-sama mengembleng tenaga dalam menjayakan program ini. Pameran yang diadakan bertujuan memperkenalkan ISMA Eropah kepada masyarakat pelajar Malaysia di United Kingdom sebagai wadah pembentukan belia dalam membina potensi intelektual, fizikal dan spiritual ke arah pembangunan jati diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Antara bahan ilmiah yang dipamerkan termasuklah  misi, visi dan objektif penubuhan ISMA, cawangan ISMA Eropah  yang boleh dihubungi di sekitar Eropah ( Ireland, United Kingdom, Poland, Republic of Czech, Perancis, Rusia dan Jerman), aktiviti-aktiviti ISMA Eropah dan mengiklankan program-program terdekat seperti Program Sadaqah Qurban dan Jalinan Ukhuwwah Musim Sejuk (JUMPS 2010). Selain itu, mini jualan jubah, t-shirt muslimah, peralatan ibadat dan ma’thurat turut disertakan.

'booth' ISMA Eropah

Ribuan pengunjung yang menghadiri tapak pameran.

Sementara itu, gerai makanan yang dijayakan sepenuhnya oleh saf ISMA Eropah, rata-rata mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung. Antara menu menarik yang disediakan ialah murtabak, ayam bakar, cocktail, dadih, samosa, nugget dan popia.

Aktiviti ini bertujuan memupuk semangat muhibbah dan kerjasama antara ahli, menggunakan ruang yang ada untuk mendekati masyarakat pelajar yang menghadiri temasya sukan ini serta mengisi dana tabungan ISMA Eropah dan Aman Palestin.

Sebahagian ahli ISMA Eropah yang bertungkus-lumus mengusahakan gerai jualan

Alhamdulillah, berkat kesepakatan para ahli-ahli ISMA Eropah, kedua-dua pameran dan gerai jualan  ini berakhir dengan jayanya. Tepat jam 5 petang, kami bersiap-siap untuk pulang ke lokaliti masing-masing dengan seribu satu harapan, mudah-mudahan amal kecil ini ada nilainya di sisi Allah. Buat semua yang terlibat, kembara amal kita tidak berakhir di sini. Semoga ada lagi pertemuan di program-program yang akan datang. Insha Allah.“Ukhuwwah dirai, ISLAM dipateri!”.

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>