Cardiff Malaysian Food Bazaar Serlah Identiti Dan Kebersamaan Rakyat Malaysia Di Cardiff

25 Mac 2017, Cardiff, Wales – Cardiff Malaysian Food Bazaar anjuran ISMA Cardiff disambut baik oleh komuniti Malaysia dan bukan Malaysia di Cardiff baru-baru ini.

Bazaar yang diadakan buat kali kedua setelah bazaar yang pertama diadakan sewaktu bulan puasa yang lalu, sekali lagi dapat menarik banyak pengunjung yang rata-rata rakyat Malaysia yang menetap di Cardiff dan juga sekitar UK.

Cathays Community Centre di mana Food Bazaar pada kali ini diadakan turut dimeriahkan dengan kunjungan dari masyarakat setempat yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Pakistan, Inggeris, Arab, Cina, Afrika dan Eropah.

Kebanyakan pengunjung berpuas hati dengan bazaar kali ini yang disertai oleh peniaga-peniaga yang bertungkus-lumus menjual juadah-juadah lazat yang sememangnya tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia.

Bazaar yang berlangsung bermula pada 3 petang sehingga 7 malam ini turut disertai Human Appeal & Cancer Research UK agar orang ramai boleh menderma sambil menikmati juadah istimewa.

Derma yang diterima oleh Human Appeal pada hari tersebut adalah sekitar £270 dan Cancer Research UK telah menerima sekitar £20 hanya dari para peserta & peniaga.

Sememangnya kesatuan yang ditonjolkan oleh komuniti Malaysia di Cardiff  dalam menjayakan acara sebegini terserlah daripada kemeriahan bazaar dan respon yang baik dari pengunjung.

Selari dengan tujuan bazaar diadakan iaitu untuk menjana hubungan yang lebih baik dan mengeratkan lagi silaturrahim dalam kalangan warga Malaysia di Cardiff, bazaar kali ini turut memberi pendedahan kepada masyarakat berbilang kaum di Cardiff tentang budaya masyarakat Malaysia yang menyambut baik kehadiran orang ramai tanpa mengira bangsa, sekali gus merapatkan lagi komuniti Malaysia dengan masyarakat tempatan di Cardiff.

Presiden Komuniti Malaysia Cardiff turut menzahirkan ucapan tahniah dan terima kasih atas usaha melangsungkan Food Bazaar pada kali ini dan berharap agar acara sebegini diteruskan lagi.

Pihak ISMA Cardiff juga menyampaikan sekalung penghargaan buat semua yang teribat dalam menjayakan Cardiff Malaysian Food Bazaar.

Semoga bazaar ini boleh dilangsungkan lagi pada masa hadapan dan bersua kembali dengan warga Cardiff.

Laporan disediakan oleh,

Nurhasya Adibah Mohd Radzman

Setiausaha, Projek Cardiff Malaysian Food Bazaar.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

photo6030491859110963118

JUMP 2017 : Puncak Tertinggi Wales Ditawan, Bukti Kesungguhan Ahli

Snowdonia, Wales, 14 April- Jalinan Ukhuwah Musim Panas(JUMP) anjuran ISMA UK-Eire telah berjaya menghimpun ahli …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *