Cardiff

Bandar Cardiff

Walaupun Cardiff University adalah antara universiti yang dikenali oleh ramai orang, masih ada segilintir yang tidak tahu bahawa Cardiff University terletak di Cardiff, sebuah bandar yang terletak di dalam daerah Wales di United Kingdom. Bandar Cardiff yang bersaiz sederhana terletak di bahagian selatan United Kingdom juga merupakan ibu kota kepada daerah Wales. Secara umum, bandar Cardiff adalah bandar yang tenang dan tidak terlalu sibuk. Cardiff dikelilingi alam semulajadi yang pelbagai disamping mempunyai beberapa taman yang luas iaitu Bute Park dan Roath Park.

Institut Pengajian

Bandar Cardiff sememangnya dikenali sebagai ‘student city’ kerana terdapat banyak institut pengajian yang terletak di dalam dan juga sekitarnya. Antara institut pengajian yang ada di sini ialah Cardiff University, Cardiff Metropolitan University, University of South Wales, University of Wales, Royal Welsh College of Music & Drama dan banyak lagi.

bangunan utama

Bangunan utama Cardiff University

 

Tempat tarikan

Walaupun saiznya yang sederhana jika dibandingkan dengan bandar besar lain seperti London atau Manchester, masih terdapat pelbagai tarikan yang ada di Cardiff sesuai untuk setiap pengunjung. Antara tempat-tempat tarikan yang ada di sekitar Cardiff ialah Cardiff Castle, Cardiff Bay, Wales Millenium Centre, St. Fagans National History Museum, Doctor Who Experience dan banyak lagi.

Di kawasan Cardiff Bay, terdapat pelbagai restoran dan juga pawagam serta tempat bermain boling. Selain itu, terdapat juga aneka aktiviti yang diadakan sepanjang tahun bergantung kepada musim atau perayaan.

Selain itu, Bandar Cardiff juga merupakan lokasi pengambaran dua rancangan televisyen popular di United Kingdom iaitu Doctor Who dan juga Sherlock Holmes.


cardiff bay

Kawasan Cardiff Bay yang terletak lebih kurang 15 minit dari tengah Bandar

millennium centre

Wales Millennium Centre, salah satu tarikan di Cardiff.

castle

Cardiff Castle, yang terletak di tengah-tengah bandar Cardiff membuatkan ia sangat mudah dikunjungi pelawat

 Di Bandar Cardiff juga terdapat beberapa tempat utama membeli belah iaitu di St David’s Shopping Centre, John Lewis Shopping Centre, Capitol Shopping Centre, Queen Street. Jika hendak membeli sayur-sayuran, buah-buahan dan aneka makanan segar pula, bolehlah kunjungi Cardiff Market yang terletak di St. Mary Street. Di sini terdapat pelbagai gerai yang menjual makanan segar dengan harga yang berpatutan dan juga gerai yang menjual ‘welsh cakes’, salah satu pencuci mulut tradisional Wales.

shopping

St. David’s Shopping Centre, pusat beli-belah terbesar di Cardiff

Kos Hidup

Disebabkan bilangan pelajar yang ramai, boleh dikatakan kos hidup di Cardiff sangat berpatutan lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan bandar lain yang berdekatan seperti London dan Bristol. Dari segi tempat tinggal, kebanyakan pelajar memilih untuk menyewa rumah yang berdekatan dengan bangunan universiti masing-masing dengan harga yang sangat berpatutan. Kebanyakan pelajar Malaysia tinggal di kawasan Riverside dan juga Cathays. Disamping itu, dari segi barangan runcit pula, terdapat pelbagai pasaraya besar di sekitar Cardiff seperti Lidl dan Tesco.

Selain itu, mod pengangkutan di Cardiff yang selalu digunakan oleh penduduk di sini adalah bus, train atau berjalan kaki. Lebih ramai orang yang suka berjalan kaki di sekitar Cardiff kerana ianya pilihan yang paling murah, dapat menghargai pemandangan yang cantik dan juga untuk mengelak daripada tersekat dalam trafik.

Komuniti Islam

Cardiff merupakan salah satu bandar di United Kingdom yang mempunyai penduduk Islam paling ramai. Di Cardiff sahaja, terdapat tiga masjid yang terletak di serata tempat untuk memudahkan penduduk Islam mendirikan solat dan juga mengadakan program-program agama

Disebabkan ini juga, makanan halal sangat mudah didapati di Cardiff. Antara kawasan yang mempunyai banyak restoran serta penjual daging yang halal adalah di City Road dan juga Salisbury Road. Antara beberapa restoran halal yang sudah pun dicuba dan dijamin sedap disamping berpatutan adalah Mirchi, Lilo’s Grill and Bar dan Spicy Village.

darul isra

Salah satu masjid utama di Cardiff, Darul Isra’ yang terletak di Salisbury Road

Disclaimer: Semua gambar diambil dari google dan menjadi hak milik masing-masing

Nor Farzana Abdul Aziz

2nd year Medicine

Cardiff University

Email: [email protected]

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

durham-university-feature-image-1

Durham

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Durham University. Tahniah juga atas usaha dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *