Category: United Kingdom

Kunjungan Hormat Delegasi ISMA Eropah ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia London Kongsi Pelbagai Aspirasi

Kunjungan Hormat Delegasi ISMA Eropah ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia London Kongsi Pelbagai Aspirasi

London, 21 Disember 2010 – Kunjungan delegasi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Eropah seramai 9 orang sempat bertukar pendapat dalam satu sesi kunjungan hormat ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London hari ini. Tuan Yang Terutama Datuk Zakaria Sulong, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dalam ucapan aluannya, melahirkan rasa gembira menerima kehadiran delagasi ISMA Eropah diketuai [...]

Program ‘Weekend in Manchester’ meriah

Program ‘Weekend in Manchester’ meriah

Manchester, 1 November- Dengan menghimpunkan pelajar-pelajar dari Edinburgh, Newcastle, Sheffield, Hull dan Manchester, ISMA Eropah bahagian UK Utara telah menganjurkan sebuah program ‘Weekend in Manchester’ pada 30-31 Oktober lalu yang menggabungkan pelbagai aktiviti menarik seperti Laser Quest, Makan@Rusholme, Qiamullail,Futsal dan Old Trafford tour. Bertempat di Trafford Centre, permainan perang Laser Quest mengambil tempat sebagai aktiviti pertama. [...]

Cerita Jaulah Kami (Newcastle)

Cerita Jaulah Kami (Newcastle)

Berobjetifkan untuk memupuk nilai ukhuwah antara senior dan fresher, jaulah UK Utara ke Newcastle berjaya dilaksanakan dengan lancar pada hujung minggu lepas. Jaulah disertai lebih 20 orang yang rata-ratanya dari Sheffield, Manchester, Edinburgh dan juga tuan rumah, Newcastle.

Kerjasama ISMA Eropah-Aman Palestin: ‘Projek Sedekah Korban’

Kerjasama ISMA Eropah-Aman Palestin: ‘Projek Sedekah Korban’

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, “membantu saudara kita di Palestin bukanlah sedekah sunat, bahkan ianya kefarduan yang wajib dan tugas yang mesti dilaksanakan ke atas ummah”. Bagi memenuhi tuntutan ini , AMAN PALESTIN mewujudkan program khusus iaitu Sadaqah Qurban dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Eropah berkerjasama dalam melaksanakan program ini di kawasan Eropah. Sadaqah Qurban [...]

Tahniah warga Poland mencipta sejarah!

Tahniah warga Poland mencipta sejarah!

Nilai, 17 Julai – Stadium tertutup Nilai telah menjadi saksi kepada sebuah lakaran sejarah yang pastinya akan terus mekar di dalam setiap sanubari manusia yang merindui pembebasan Al-Aqsa. Sebagai manifestasi sokongan dan cinta terhadap perjuangan dan pembebasan Al-Aqsa, Ikatan Muslimin Malaysia Eropah (ISMA Eropah) yang diwakili oleh Mohd Ferdaus Mohd Tahar pada hari ini telah [...]

Cardiff : Sesi Ramah Mesra bersama Presiden PEMBINA

Cardiff : Sesi Ramah Mesra bersama Presiden PEMBINA

22 Jun 2010 : Cardiff sebagai ibu negeri Wales bertuah apabila menerima kunjungan Presiden PEMBINA, Akhi Zaizul Azizi Azman yang sedang dalam rangka ziarah sanak saudara di UK dan Ireland. Sesi ramah mesra dan makan tengah hari telah diadakan di 15, Bedford Street, Cardiff. Sesi ta’aruf bersama ikhwah Cardiff Majlis yang bermula sekitar 3.00 petang [...]

Kerjasama ISMA Eropah dan Aman Palestin dalam membantu ‘Projek Kaki Palsu Gaza’

TABUNG PERUBATAN MANGSA GAZA Assalamualaikum wbt Usaha membebaskan Palestin dari cengkaman rejim Zionis dan sekutunya memerlukan sokongan besar dari segala kekuatan umat. Oleh yang demikian, usaha gigih walaupun kerdil terutama melalui bantuan kewangan dan spiritual terhadap keperitan rakyat Palestin adalah sangat signifikan dan realistik untuk dilaksanakan. Bagi melaksanakan keprihatinan ini, ISMA Eropah dengan kerjasama Aman [...]

Tambatan Ukhuwwah Antara Akhwat di Bumi Germany

Tambatan Ukhuwwah Antara Akhwat di Bumi Germany

Bumi Germany menjadi tapak pengukuh ukhwah bagi akhawat dari pelbagai universiti di United Kingdom bersama akhawat yang sedang menuntut ilmu di Germany sendiri. Jaulah yang mengambil masa 6 hari 5 malam ini memberi peluang yang sangat berharga kepada kami untuk mengenali sejarah, budaya dan teknologi masyarakat German melalui lawatan ke kawasan-kawasan pelancongan terkenal. Bagi keseluruhan [...]

Jom belajar : Islamic Fundamental Course

Jom belajar : Islamic Fundamental Course

PENGENALAN: Menuntut Ilmu adalah suatu yang sangat ditekankan oleh Islam dan ianya dianggap suatu yang wajib samada ke atas lelaki atau perempuan. Kelebihan bagi penuntut Ilmu juga amat banyak. Dalam pelbagai lautan ilmu dan maklumat masakini, Ilmu Islam adalah suatu yang tidak boleh diketepikan oleh setiap muslim disamping mereka mempelajari ilmu-ilmu lain yang fardhu kifayah. [...]

Dari Old Trafford ke Millenium Stadium

Dari Old Trafford ke Millenium Stadium

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, dengan izin dan rahmatNya, pada 6-7 Feb 2010 lepas, daerah carddiff, ‘Capital of Wales’ telah pun dijejaki oleh sekumpulan manusia dari bumi Manchester atas dasar meyakini ayat Allah untuk bermusafir di atas muka bumi ini bagi melihat kebesaranNya. Disambut oleh bro Azizi dan juga bro Firdaus di stesen keretapi Cardiff, secara tepatnya pada [...]

Related Posts with Thumbnails