Category: Al-Quran dan Hadith
Tweet “Rasulullah Ketawa”
Tweet tentang peristiwa dan cara Rasulullah saw ketawa, ditulis bersempena bulan Rabiulawal, bulan kelahiran Nabi Muhammad saw.
01. Alangkah baiknya kalau untuk bulan Rabiulawal kali ini, kita letakkan azam juga; tambahkan ilmu dan kasih sayang kita kepada baginda Nabi Muhammad saw.
al Kahfi dan Ujian Ilmu
Asal perisitiwanya penuh siginifikan: Nabi Musa as merasakan bagindalah yang paling bijak dalam kalangan manusia ketika itu. Lalu Allah menyuruhnya mencari Khidir as untuk tunjukajarkan kepadanya bahawa ilmunya tidak sebanyak mana.
Genetik | Genomic: Erti Sebuah Perkahwinan
Beberapa minggu yang lepas, saya telah diminta untuk menulis beberapa artikel berkenaan sudut pandangan Bioteknologi akan isu perkahwinan awal. Sebelum itu, ingin saya ingatkan, bahawa bidang ini, iaitu Bioteknologi merupakan sebuah bidang yang sangat menarik untuk diceburi. Bioteknologi merangkumi gabungan beberapa disiplin ilmu yang mantap terutamanya dari aspek genetik, mikrobiologi, fisiologi, biologi haiwan, biologi tumbuhan dan biologi makanan serta kejuruteraan.
Layunya Sehijau Warna Daun
Seringkali kita mendengar banyak analogi yang menarik akan kehidupan di dunia ini. Ada yang menganalogikan dunia ibarat jambatan kepada akhirat. Jika jambatan yang dilalui rapuh, maka susahlah kita untuk sampai ke daerah sana (akhirat). Ada juga yang menganalogikan dunia ini satu tempat seakan-akan ‘dangau’ di sebuah kebun yang tanahnya luas terbentang untuk ditanam dengan berbagai-bagai tanaman. Hasilnya pula akan dikutip di suatu tempat yang lain, iaitu di akhirat. Dan banyak lagi perumpamaan menarik yang mampu kita fikirkan untuk menggambarkan erti sebuah kehidupan di dunia ini. Pendek kata, hidup di dunia ini merupakan satu peluang yang sangat berharga yang Allah berikan kepada umat manusia untuk memperbanyak amal kebajikan. Dan hidup di dunia ini sangat singkat sekali.
Infiru [Berangkatlah]
انْفِرُواْ خِفَافًا وَثِقَالاً وَجَاهِدُواْ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ Ertinya : “Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.” (QS. At Taubah : 41)







