Category: Fikrah
Hijrah membangun umat beragenda
Kedatangan Awal Muharram pada tahun ini sekali lagi mengingatkan kita tentang peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah saw, sejarah Islam bahkan sejarah kemanusiaan seluruhnya. Peristiwa tersebut adalah perpindahan atau Hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan para Sahabat dari golongan Muhajirin dari kampung halaman asal mereka di Mekah, ke bandar 450 km di utara iaitu Madinah. Besar dan pentingnya peristiwa ini ditunjukkan dengan penurunan kira-kira 18 ayat di dalam Al-Quran mengenainya, disebut dalam Al-Hadis, dipilih oleh Khalifah Umar Al-Khattab ra. sebagai tahun permulaan kalendar Islam dari zamannya sehingga ke hari ini.
Kesepakatan Melayu langkaui sempadan politik
Saya tertarik untuk mengulas tulisan Iskandar Kamarul Amin yang disiarkan di http://www.malaysiakini.com/news/181922 pada 21 November 2011. Tulisan yang diajukan berkisar di sekitar persoalan kesatuan Melayu dan hubungkaitnya dengan kedaulatan Islam. Ada beberapa pandangan balas yang ingin saya berikan di dalam tulisan saya ini. Walaupun ia adalah pandangan seorang mahasiswa, tetapi saya yakin ia mewakili sekelompok belia yang berada di usia itu. Maka tulisan ini adalah pandangan yang saya tujukan kepada semua yang mempunyai tanggapan yang sama dengan pandangan saudara Iskandar berkenaan isu kesatuan Melayu.
Fiqh Dakwah Fardiyah (Siri 1)
Dakwah Ilallah adalah semulia-mulia amal dan sebaik-baik perkataan di sisi Allah swt. Salah satu seni dakwah terpenting dan kaedah tajmik yang meluaskan qaedah sulbah ialah dengan dakwah fardiyah (DF).
Ujian, Aku dan Doa
Salah satu perkara yang selari dengan musim peperiksaan dan ujian ialah doa. Masa inilah majoriti daripada kita mempertingkatkan dan memperbanyakkan doa. Yang tak pernah berdoa sebelumnya, tiba-tiba berdoa. Yang tak pernah membuat solat hajat pada waktu-waktu lain, dibuat solat hajat setiap hari. Yang sebelum ini berdoa sekadar membaca, sekarang menitiskan air mata ketika berdoa. Nak [...]
Kenapa ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’?
“Islam Berdaulat” merujuk kepada kedudukan Islam sebagai yang tertinggi di segi pemerintahan, pengaruh dan pembuat keputusan. Saya melihat di dalam kitab-kitab fekah, kedudukan Islam yang tertinggi sering merujuk kepada firman Allah swt bermaksud, “Dan Allah sekali-kali tidak akan menjadikan jalan untuk orang-orang kafir di atas orang-orang beriman”(An-Nisak: 141). Dari nas yang sama para ulamak tidak membenarkan hakim kafir mengadili orang Islam di kamar mahkamah. Sebahagian ulamak mengkhususkan larangan tersebut kepada perbicaraan yang berkait dengan hukuman mati. Dari nas yang sama, para ulamak menegah wanita Islam dikahwini oleh lelaki dari Ahlul Kitab, sedang Syarak membenarkan sebaliknya.
Semua pihak berautoriti perlu tegas bendung kemaraan fahaman Syiah
Semua pihak yang berautoriti tidak seharusnya memandang remeh isu Syiah, sebaliknya perlu mengambil tindakan segera, professional dan tegas dalam membendung kemaraan fahaman tersebut, di samping menjelaskan kepada masyarakat bahawa fahaman Syiah ini bertentangan sama sekali dari segi akidah, syariah, akhlak dan mengundang bahaya kepada ummah serta negara.
Terbanglah Setinggi-tingginya
Ibnul Qaiyim, rahimahullah, pernah membuat satu perumpamaan yang menarik mengenai hati. Hati ini umpama burung yang terbang. Semakin tinggi ia terbang semakin jauh ia daripada mara bahaya di tanah. Semakin merendah, semakin hampir ia pada musuh dan kesilapan. Saya ingin menambah. Semasa mula-mula hendak terbang, burung menggunakan banyak tenaga untuk mengepak demi merenggangkan jasadnya dari [...]
Noktah-noktah penting 62 tahun Nakbah Palestin
Apa itu Nakbah? NAKBAH bermaksud MALAPETAKA atau BENCANA BESAR. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada pengisytiharan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya pendudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Apa [...]
Bukan Sekadar Wanita
Umar al-Khattab pernah berkata: “Aku impikan rumah ini dipenuhi dengan ‘rijal-rijal’ seperti Muaz b. Jabal, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Salim hamba Huzaifah untuk aku gunakan mereka untuk menegakkan kalimah Allah” Kata-kata hebat yang lahir dari insan yang hebat. Mengimpikan ‘rijal’ lebih dari perhiasan duniawi. Fikrahnya sangat jelas, menyeru kepada pembentukan ‘rijal’ dakwah yang mantap untuk menegakkan [...]
Tak penat ke?
Assalamualaikum w.b.t “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan” (Surah As-Saff: 3-4) Tujuan ayat ini diturunkan bukanlah untuk melarang kita dari memberi nasihat tetapi ia lebih kepada kata-kata motivasi dari Allah SWT kepada kita supaya kita [...]







