Category: Seerah
Tweet “Rasulullah Ketawa”
Tweet tentang peristiwa dan cara Rasulullah saw ketawa, ditulis bersempena bulan Rabiulawal, bulan kelahiran Nabi Muhammad saw.
01. Alangkah baiknya kalau untuk bulan Rabiulawal kali ini, kita letakkan azam juga; tambahkan ilmu dan kasih sayang kita kepada baginda Nabi Muhammad saw.
al Kahfi dan Ujian Ilmu
Asal perisitiwanya penuh siginifikan: Nabi Musa as merasakan bagindalah yang paling bijak dalam kalangan manusia ketika itu. Lalu Allah menyuruhnya mencari Khidir as untuk tunjukajarkan kepadanya bahawa ilmunya tidak sebanyak mana.
Penuhi Hati Dengan Sabar
Suatu hari, Rasulullah s.a.w. berjalan melalui satu tanah perkuburan. Di satu sudut, didapati ada seorang wanita duduk di sisi pusara anaknya sambil menangis.
Kisah Wanita; Watak Penting Hijrah
Asma’ puteri Abu Bakar wanita mulia lagi tabah. Saat Rasul dan ayahandanya bersembunyi, Asma’ cekal membawa makanan sehari-hari dari Makkah ke Gua Thur. Jika diukur menggunakan Google Maps pada hari ini, jaraknya lebih kurang 10 km. Bayangkan dalam keadaan tidak selamat dengan musuh ada di mana-mana, Asma’ berani menempuh padang pasir. Malah diambilnya jalan yang sukar berbukit bukau agar tidak dikesan musuh.
Umat Islam perlu lahirkan ramai tenaga pakar
Ilmu perubatan merupakan di antara bidang yang paling digemari oleh orang-orang Islam sejak ribuan tahun yang lalu. Pengajian dalam bidang ini telah muncul seawal abad pertama Hijrah. Ramai tokoh-tokoh perubatan Islam telah memberikan sumbangan yang besar dalam perkembangan sains perubatan antarabangsa untuk beberapa abad lamanya.
Hijrah membangun umat beragenda
Kedatangan Awal Muharram pada tahun ini sekali lagi mengingatkan kita tentang peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah saw, sejarah Islam bahkan sejarah kemanusiaan seluruhnya. Peristiwa tersebut adalah perpindahan atau Hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan para Sahabat dari golongan Muhajirin dari kampung halaman asal mereka di Mekah, ke bandar 450 km di utara iaitu Madinah. Besar dan pentingnya peristiwa ini ditunjukkan dengan penurunan kira-kira 18 ayat di dalam Al-Quran mengenainya, disebut dalam Al-Hadis, dipilih oleh Khalifah Umar Al-Khattab ra. sebagai tahun permulaan kalendar Islam dari zamannya sehingga ke hari ini.
Khutbah dan Sambutan Aidiladha di Sheffield
Sheffield, 6 Nov – Kekalahan empayar Uthmaniyyah dan kejatuhan empayar Melayu Melaka disebabkan umat Islam ketika itu kedekut dengan apa yang mereka ada.” Begitu antara intipati khutbah Hari Raya Aidiladha yang disampaikan oleh Ustaz Sarip b Adul, Yang Dipertua Isma Kota Kinabalu baru-baru ini.
MAULID: ANTARA SEJARAH DAN AMALAN
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. “Maafkanlah, ayahku sedang demam”,kata Fatimah yang membalikkan badandan menutup pintu. Kemudian ia kembalimenemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan [...]







