Berita Komuniti

Kunjungan NYDP ISMA Kota Kinabalu Suntik Semangat Ahli ISMA Eropah

Cardiff, 20 Jan- Seluruh ahli ISMA Eropah mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Naib Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Kota Kinabalu, Dr Mohamed Hatta Bin Mohamed Tarmizi dan isteri, Puan Sharifah Suzanne atas kesudian berkunjung meluangkan masa di dalam sesi dialog santai di Cardiff. Dr Hatta Tarmizi yang sedang menjalankan latihan professional di Liverpool turut sempat meluangkan masa …

Read More »

ISMA Cardiff Seru Mahasiswa Capai Kecemerlangan Demi Kebaikan Ummat

Cardiff, 7 Jan- Jawatankuasa ISMA Cardiff hari ini mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa Malaysia di Cadiff khususnya yang akan menghadapi peperiksaan bermula minggu hadapan. Terlebih dahulu ISMA Cardiff telah berjaya menganjurkan solat hajat perdana sempena persediaan menghadapi peperiksaan yang telah dihadiri hampir 70 orang pelajar Malaysia di Masjid Darul Isra’, Cardiff semalam. Pengarah program solat hajat perdana, saudara …

Read More »

ISMA Manchester Syor Mahasiswa Luar Negara Dekati Komuniti Muslim Setempat

Manchester, 6 Jan- Ketua ISMA Manchester, saudara Ikram Omar hari ini menyeru mahasiswa Malaysia untuk turut bergiat aktif dan mendekati komuniti Muslim setempat di kawasan masing-masing. Seruan ini dinyatakan beliau ketika siri jelajah ISMA Manchester ke cawangan-cawangan utara ISMA UK-Eire baru-baru ini. Saudara Ikram yang sempat ditemubual Media ISMA Eropah berkata, “sumbangan mahasiswa dari Malaysia suatu ketika dahulu terhadap komuniti …

Read More »

Seluruh Warga ISMA Eropah Meraikan Baitul Muslim Baharu Edisi 2017

Manchester, 25 December- Seluruh warga ISMA Eropah melahirkan rasa syukur dan mengucapkan syabas kepada ‘keluarga baharu’ ISMA Eropah yang telah melangsungkan perkahwinan pada tahun 2017. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pasangan Mohd Akmal & Izzati Amin, Saiful Karim & Suhailah Sukri dan Faqrie Hakim & Afifah Sukor yang telah selamat mendirikan Baitul Muslim pada tahun 2017. Majlis keraian telah diadakan di …

Read More »

Kajian Perubatan Pelajar Malaysia di United Kingdom Terima Pengiktirafan Royal College of Physicians

Cardiff, 17 Nov- Nama Malaysia sekali lagi hari ini harum di bumi United Kingdom apabila kajian perubatan yang diketuai oleh saudari Nor Farzana Abdul Aziz telah mendapat pengiktirafan Royal College of Physician dan Society of Physicians in Wales. Kajian beliau yang berjudul Utility of Hepatoma Arterial Embolization (HAP) Score in Hepatocellular Carcinoma (HCC) bukan sahaja diiktiraf oleh badan perubatan tersebut …

Read More »

Kekuatan Organisasi Kunci Kelangsungan Amal Dakwah di Sheffield

Sheffield, 14 Nov- ISMA Sheffield hari ini kembali semula menyusun strategi dan mengukuhkan organisasi persatuan dengan mengadakan Mesyuarat Rangka Strategik ISMA Sheffield tahun 2017 dan 2018. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua ISMA Sheffield sendiri, saudara Hafidz Romli yang telah berlangsung di Sheffield University Student Union. Mengulas mengenai objektif utama mesyuarat, saudara Hafidz berkata, “mesyuarat ini berjaya mengumpulkan keseluruhan ahli …

Read More »

ISMA UK-Eire Komited Membangun Pemimpin Ummah

London, 12 Nov- ISMA UK-Eire tempoh hari telah menghantar wakil peserta ke seminar Leadership Enhancement and Intellectual Development (LEID) di Park City Grand Plaza Kensington Hotel, London yang telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia United Kingdom dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan yang lain. ISMA UK-Eire telah mengahantar saudara Faris Hanafi dan saudara Ikmal Hakim untuk menjadi peserta dan menyumbang buah …

Read More »

ISMA UK-Eire Komited Jalin Kerjasama Membangun Mahasiswa Beragenda

Dublin, 4 Nov- Ketua ISMA Dublin, Saudara Megat Akmal Faiz yakin bahawa keberadaan ISMA di Dublin memainkan peranan yang sangat penting dan sebarang kerjasama kearah memartabatkan agenda Islam dalam kalangan pelajar sangat dialukan. Laungan ini diluahkan oleh saudara Megat ketika menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland sebagai pemerhati luar. Saudara Megat yang sempat ditemu bual di Dublin …

Read More »

Ahli ISMA UK-Eire Cemerlang dalam Pertandingan Catur Antarabangsa

Manchester, 28 Okt- Aktivis ISMA Sheffield, Sazlee Hidayatullah telah membuktikan kredibiliti beliau sebagai pemain catur berkaliber apabila berjaya melayakkan diri ke pentas final Pertandingan Catur 2020 Chess Grand Final di Manchester tempoh hari. Setelah mengharungi sesi pusingan awal dengan cemerlang, saudara Sazlee telah mendapat tempat ketiga individu keseluruhan dan tempat keempat secara berkumpulan. Pencapaian ini telah melayakkan beliau ke pentas …

Read More »

Lawatan Delegasi ISMA UK-Eire ke Dublin Disambut Meriah

Dublin, 28 Okt- Delegasi ISMA UK-Eire telah mengadakan lawatan rasmi dan mesyuarat bulanan pada minggu lepas di Malaysian Hall Dublin di sini. Lawatan rasmi ini merupakan julung kali diadakan selepas kali terakhir dilakukan pada Mac 2015 semasa program Jalinan Ukhwah Musim Panas. Turut hadir bersama delegasi ini ialah Pengerusi ISMA UK-Eire, Dr. Azizi Rosli yang mempengerusikan mesyuarat bulanan JKP dan …

Read More »