Category: Ehwal Muslimin
HIMPUN Perak : Tiada Kompromi
Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Peringkat Negeri Perak telah diadakan bertempat di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar bermula seawal jam 9.00pagi sehingga 1.00 petang. Sekitar 3000 orang mencakupi keseluruhan peringkat umur daripada usia kanak-kanak, remaja, belia sehingga golongan dewasa hadir memberi sokongan dalam perjuangan membanteras usaha memurtadkan umat Islam di Malaysia.
Pembentukan Tentera Baitul Maqdis
15 Disember 2011 – Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh, mencadangkan agar dibentuk Tentera Baitul Maqdis yang terdiri dari negara-negara Arab dan negara revolusi bagi membebaskan Jerusalem dan al-Aqsa serta menekankan pada masa yang sama bahawa penentangan bersenjata adalah satu-satunya pilihan untuk Pembebasan tanah Palestin.
Dia ni lelaki atau perempuan?
Ini adalah satu daripada beberapa kes penukaran jantina lelaki yang menjadi perempuan yang pernah saya tangani kerana mereka didakwa terlibat dengan kegiatan maksiat dan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.
Hamas: Tidak Ada Syarat Yang Ketat
Gerakan Islam Hamas mengesahkan bahawa pihaknya tidak akan mengemukakan sebarang pra-syarat yang ketat dalam pelaksanaan perjanjian perdamaian itu serta menekankan bahawa pilihan raya di Jerusalem adalah hak rakyat Palestin, rejim Zionis Israel tidak boleh masuk campur.
Selesai kemelut umat melalui tarbiyah berpaksikan Islam yang syumul
Menurut beliau, forum ini adalah salah satu siri penerangan yang akan diadakan oleh ISMA di seluruh negara bagi menerangkan situasi masyarakat Melayu Islam kita sekarang yang sedang berdepan dengan ancaman jatidiri, hasil serangan kuat daripada blok liberal Barat dan kerapuhan perpaduan di kalangan umat Melayu Islam sendiri.
Masalah celaru pemikiran dan krisis identiti (Bhgn. 2)
Identiti merupakan imej, personaliti atau penzahiran secara langsung yang dipamerkan oleh seseorang kepada khalayak. Penzahiran tersebut hakikatnya mempunyai perkaitan langsung dengan cara berfikir dan kegiatan seseorang. Menurut pakar psikologi, biasanya mereka yang mengalami kecelaruan pemikiran antara kesan langsung yang dapat diperhatikan daripada identiti dan penampilannya seperti berikut;
Al-Aqsa Menangis: Di Manakah Umat Islam?
KAHERAH, 25 November: Dr Akramah Sabri yang merupakan Bekas Mufti Jerusalem dan Khatib Masjid Al-Aqsa berkata, Mesir dan golongan Azharinya kini kembali memainkan peranan mereka dalam melindungi tempat-tempat suci umat Islam dan akan berganding bahu dengan para pemuda Mesir dan Azhar Syarif demi kegemilangan umat Islam amnya.
Hijrah membangun umat beragenda
Kedatangan Awal Muharram pada tahun ini sekali lagi mengingatkan kita tentang peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah saw, sejarah Islam bahkan sejarah kemanusiaan seluruhnya. Peristiwa tersebut adalah perpindahan atau Hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan para Sahabat dari golongan Muhajirin dari kampung halaman asal mereka di Mekah, ke bandar 450 km di utara iaitu Madinah. Besar dan pentingnya peristiwa ini ditunjukkan dengan penurunan kira-kira 18 ayat di dalam Al-Quran mengenainya, disebut dalam Al-Hadis, dipilih oleh Khalifah Umar Al-Khattab ra. sebagai tahun permulaan kalendar Islam dari zamannya sehingga ke hari ini.
Apa Kaitan Ghadir Khum, Syiah dengan Sunnah
Ghadir Khum merupakan nama tempat yang terletak 250 km dari Mekah menuju ke Madinah (rujuk peta). Ia menjadi tempat persinggahan Rasulullah saw selepas Haji Perpisahan (Hajjatul Wada’) tahun 10 Hijrah untuk menyampaikan suatu khutbah penting yang menurut Syiah, merupakan saat pelantikan Saidina Ali ra sebagai khalifah. Peristiwa Ghadir Khum dijadikan perayaan bagi Syiah atas sebab sempurnanya agama Islam selepas pengumuman tersebut.
Kesepakatan Melayu langkaui sempadan politik
Saya tertarik untuk mengulas tulisan Iskandar Kamarul Amin yang disiarkan di http://www.malaysiakini.com/news/181922 pada 21 November 2011. Tulisan yang diajukan berkisar di sekitar persoalan kesatuan Melayu dan hubungkaitnya dengan kedaulatan Islam. Ada beberapa pandangan balas yang ingin saya berikan di dalam tulisan saya ini. Walaupun ia adalah pandangan seorang mahasiswa, tetapi saya yakin ia mewakili sekelompok belia yang berada di usia itu. Maka tulisan ini adalah pandangan yang saya tujukan kepada semua yang mempunyai tanggapan yang sama dengan pandangan saudara Iskandar berkenaan isu kesatuan Melayu.







