Karya Kreatif

Air Mata Seorang Pejuang Dakwah

  “Nanti bila dah sampai dekat KL baru buka ya,” ujar Naqibku sambil menyerahkan sepucuk surat kepadaku. Aku mengangguk lalu mengukirkan senyuman pahit buat kali yang terakhir untuk dirinya. Aku juga tidak tahu perasaan apakah ini. Hati penuh bercampur baur dengan 1001 perasaan. Ini mungkin adalah kali terakhir aku akan berjumpa dengan beliau. Entah aku juga tidak tahu sampai bilakah …

Read More »

Bibit Ramadhan Terakhirku di Bumi Ratu

Sungguh, tidak terasa. Tiga tahunku bermukim di sebuah pulau barat laut Eropah seperti baru sahaja dua tiga minggu lepas sahaja di benakku. Entah mengapa. Tika menelaah jurnal-jurnal yang berat dan sukar difahami, diriku merasa masa itu terlalu perlahan geraknya, mengalahkan perlahannya kura-kura gergasi Galapagos yang tidak pernah kisah akan terbangnya masa. Namun begitu, perbezaan yang terlalu ketara, menyebabkan aku bisa …

Read More »

Kemanisan Ukhwah dan Tarbiyah di Bulan Ramadhan

Rasa seperti baru semalam saya dan rakan-rakan serumah bergilir-gilir mengimamkan solat terawih berjemaah di rumah kami yang kami panggil ‘Hurun Ain’, padahal sudah setahun berlalu sejak Ramadhan yang lepas. Memang sangat seronok waktu itu. Walaupun terikat dengan jadual sebagai pelajar perubatan, kami cuba juga memeriahkan suasana bulan Ramadhan di perantauan. Waktu siang kami berempat masing-masing menyiapkan tugasan akademik- baik di …

Read More »

MANUSIA LEMAH

AL-QURAN ITU ADALAH MUKJIZAT TERAGUNG, di mana di dalamnya terkandung kalimah-kalimah suci daripada Allah yang Maha Kuasa, Maha Pemurah, Maha Pencinta dan Maha Mengetahui segala isi hati hamba-Nya. Dan aku yakin kitab suci ini diturunkan bukan sahaja untuk dibaca, malah perlu dibedah isi dalamya sebisa yang mungkin, agar intipatinya meresap hingga ke dalam pembuluh darah jiwa hambanya. Sungguh, Al-quran itu …

Read More »

Jalinan Ukhuwah Terakhir

    Malam itu Faiz tidak mampu melelapkan matanya. Dilihatnya jam di telefonnya menunjukkkan pukul 5 pagi. Dia berbolak balik di katilnya sambil cuba untuk tidur. “Argh, serabut!” bentak hati kecilnya. Angin musim dingin menerobos lubang-lubang kecil di ruang jendela biliknya, kadang-kadang berbunyi ranting-ranting pokok yang turut terkesan dengan bayu dingin di Scotland ini. Dari semalam hatinya tidak senang. Entah apa …

Read More »

Kisah Pelajar Malaysia di Eropah : Cabaran Jadi Guru Quran di Ireland

Saya pernah berkesempatan untuk menjadi tutor Al-Quran kepada kanak-kanak Muslim keturunan bangsa Afrika (Negara benua Afrika seperti Nigeria, Tanzania, Sudan, Somalia etc.) semasa saya berada di Tahun 1 pengajian di Dublin. Alhamdulillah ia satu peluang yang sangat bermakna buat diri saya. Saya ingat lagi ketika pertama kali berjumpa dengan Brother Salleh, seorang pemandu Teksi tempatan (seorang wargangeara Nigeria yang bermastautin …

Read More »

Malaysian UK Life : The Sight of Snow!

It was in December and it felt strangely cold that night. Me and my other 5 housemates camped out in the living room, for the past 1 month, sharing the house central heating and studying together for the upcoming winter exam of our final year. We were in the brink of giving up, until one of my housemates shouted “Snow!” …

Read More »

AJAIBNYA ISLAM

Teringat sewaktu kali pertama saya menjejakkan kaki ke bumi UK, setelah menempuh perjalanan hampir 20 jam dari tanah air. Ketika itu rombongan kami empat orang, tetapi mungkin kerana tersilap maklumat, akhirnya tinggal saya seorang di Terminal Keretapi Sheffield menanti senior yang tidak kunjung tiba. Kawan-kawan lain sudahpun berangkat ke alamat rumah masing-masing yang mereka peroleh sebelum berlepas lagi. Stesen Keretapi …

Read More »

Ramadhan Terakhir

Jam tangan bertali coklat ditatap sekali lagi. Trafik bergerak perlahan waktu rehat tengah hari, memang terlupa sewaktu membuat perancangan semalam. Dalam diam, hati kecil itu berdoa agar sempat tiba di hospital sebelum waktu temu janji. Usai memasuki ruang menunggu, Hakimah menjeling ke arah jam dinding hospital. 1:27 petang. Alhamdulillah sempat. Dia bergegas ke kaunter pendaftaran, dan bertanya jururawat yang bertugas …

Read More »

Beyond Success and Failure

In every nook and cranny of other students’ life, Amir only sees the Dean’s List award that they have received. They are recognised at their respective institutions for academic achievement. Their faces are featured on the front pages of universities magazines and E-newsletters. Inspired by the stories of those who achieved triumph, Amir’s mind is inundated with the notion of …

Read More »