Category: Setempat
Harapan
Alhamdulillah, baru sahaja berpeluang menghadiri ‘Muslim Association of Britain (MAB) Winter Conference’ yang bertempat di Bingley Hall, Birmingham. Bertemakan ‘Creating HOPE’, program selama dua hari ini membawakan tokoh-tokoh yang berjaya membawa perubahan dan juga menghimpunkan bijak pandai dari seluruh dunia. Tujuan utama program kali ini ialah untuk memberitahu kepada umat, bahawa harapan itu sentiasa ada. [...]
[Kuliah Online] Hijrah dan Pengorbanan
Bersempena dengan bulan Muharram ini, sukacita dimaklumkan ISMA Ireland dengan kerjasama ISMA Mesir akan membawakan sebuah kuliah online mengenai HIJRAH DAN PENGORBANAN kepada anda, khususnya kepada pelajar-pelajar Malaysia di Eropah.
Kuliah Online Bidak-bidak Di Papan Catur
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma Eropah) membawakan anda sebuah sesi perkongsian yang akan diadakan pada hari Khamis ini, 8:00 malam di Olomouch, Czech (7:00 malam di UK dan Ireland). Ia akan disiarkan secara online dengan kerjasama Nur Ramadhan, Media Interaktif (http://www.nurramadhan.net) Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengikutinya!
Panduan Lengkap Awal Zulhijjah
Siang dan malam silih berganti, tahun demi tahun kian berlalu, seorang mukmin itu sentiasa mengharap rahmat tuhannya dan takutkan azabnya, imannya sentiasa turun dan naik, semangatnya terkadang membara dan ada ketikanya menjadi lesu. Dalam keadaan itu, dia dilimpahi rahmat Allah yang sangat luas, untuk mengukuhkan imannya dan meningkatkan semangatnya. Musim kebaikan menjelma demi menghapuskan segala [...]
Perutusan Presiden ISMA Sempena Aidilfitri 1432H
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd. Alunan takbir dan tahmid mengenangkan kita kepada sejarah keagungan dan kemegahan Islam, apabila umat Islam berkuasa dan berjaya menundukkan tentera ahzab, satu titik permulaan kepada siri pembukaan Islam sehingga Islam berjaya mengusai dua pertiga dunia. Allah Maha Besar, tiada yang boleh mengalahkanNya, Dia yang [...]
SOS di London Disambut Meriah Oleh Komuniti Malaysia di London
London, 14 April – Kehadiran Dr Zainur Rashid ke London sebagai salah sebuah destinasi Searching for Salahuddin (SOS) ternyata diterima oleh komuniti Malaysia di London dengan sambutan yang luar biasa. Tazkirah selama empat puluh minit yang disampaikan oleh Dr Zainur Rashid sewaktu program mingguan komuniti Malaysia yang beragama Islam di Dewan Malaysia menggamit perhatian puluhan [...]
Kunjungan Hormat ISMA Eropah ke Education Malaysia UK dan Ireland Membuka Dimensi Baru
London, 14 April – Kehadiran Dr Zainur Rashid Zainuddin ke United Kingdom ternyata membawa tuah berganda kepada ISMA Eropah apabila sebuah kunjungan hormat ke Education Malaysia UK dan Ireland di London telah diadakan. Delegasi ISMA Eropah yang terdiri daripada empat orang wakil iaitu Dr Zainur Rashid Zainuddin, Dr Mohd Isa Hamzah, Saudara Muhamad Iqbal Hakim [...]
Kelas Persediaan Pra Azhar Siri ke-3
4 April 2010, Shah Alam – Kelas Persediaan Pra Azhar siri ke 3 anjuran Biro Sekretariat Antrabangsa Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) sekali lagi telah Berjaya diadakan dengan jayanya. Kelas ini telah diadakan di kelas serbaguna Masjid Ubudiyyah Seksyen 19, Shah Alam dan telah dihadiri para peserta yang datang dari sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Program telah [...]
Bantuan untuk Nabilah Huda Binti Zaim
Assalamualaikum wbt. Saudara seiman dan seakidah sekalian, Seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut dalam Jurusan Syariah di University of Yarmouk, Irbid (terletak kira-kira 150 km ke utara dari Amman, Jordan), Saudari Nabilah Huda binti Zaim telah disahkan menghidap Leukimia tahap kronik dan memerlukan pembedahan pemindahan tulang sum-sum pada bulan Disember ini. Kos pembedahan ialah sebanyak [...]







