Category: Tanah Air
Semangat Pemuda: Hero ataupun Zero?
Tidak dapat dinafikan pada mana-mana zaman sekalipun bahawa golongan pemuda adalah agen perubahan yang paling penting dalam sesebuah negara. Pemuda adalah mereka yang mempunyai segala ciri yang diperlukan untuk sesuatu perubahan itu berlaku kerana mereka sedang berada pada titik kekuatan yang terletak di antara dua titik kelemahan (iaitu masa kecil dan masa tua).
HIMPUN Perak : Tiada Kompromi
Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Peringkat Negeri Perak telah diadakan bertempat di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar bermula seawal jam 9.00pagi sehingga 1.00 petang. Sekitar 3000 orang mencakupi keseluruhan peringkat umur daripada usia kanak-kanak, remaja, belia sehingga golongan dewasa hadir memberi sokongan dalam perjuangan membanteras usaha memurtadkan umat Islam di Malaysia.
Jangan persenda hudud
Merujuk kepada satu klip video yang dimuat naik oleh ‘kawasaki9722’ berkenaan hudud, saya menyatakan kekesalan yang amat tinggi atas gurau senda yang dilakukan oleh pelakon-pelakon tersebut. Kejahilan dan kebiadaban pelakon-pelakon tersebut amat jelas apabila mereka mempersoalkan kerelevenan hukum hudud di dalam melahirkan masyarakat yang baik. Dengan menyebut-nyebut beberapa dapatan mudah yang masih boleh dipertikai dalam satu sesi berbual bersama beberapa orang bukan Islam, jelas pengarah klip video tersebut tidak menghormati perasaan umat Islam.
Selesai kemelut umat melalui tarbiyah berpaksikan Islam yang syumul
Menurut beliau, forum ini adalah salah satu siri penerangan yang akan diadakan oleh ISMA di seluruh negara bagi menerangkan situasi masyarakat Melayu Islam kita sekarang yang sedang berdepan dengan ancaman jatidiri, hasil serangan kuat daripada blok liberal Barat dan kerapuhan perpaduan di kalangan umat Melayu Islam sendiri.
Pergaulan bebas remaja petanda lemahnya kefahaman beragama
KOTA KINABALU – Salah satu aspek paling kritikal yang menunjukkan lemahnya kefahaman beragama di kalangan remaja muslim kini ialah aspek pergaulan bebas di mana fenomena bercouple seolah-olah menjadi kebiasaan bagi para remaja hari ini, kata Ustaz Sarip bin Adul, Yang Di-Pertua ISMA Kota Kinabalu.
Masalah celaru pemikiran dan krisis identiti (Bhgn. 1)
Isu kecelaruan pemikiran dan krisis identiti kerap dikaitkan dengan arus kemodenan, globalisasi dan perkembangan fizikal seseorang. Golongan remaja dan belia merupakan kumpulan yang paling besar terkesan dengan tempias ini. Fenomena ini melibatkan remaja belia semua bangsa sama ada Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Kesepakatan Melayu langkaui sempadan politik
Saya tertarik untuk mengulas tulisan Iskandar Kamarul Amin yang disiarkan di http://www.malaysiakini.com/news/181922 pada 21 November 2011. Tulisan yang diajukan berkisar di sekitar persoalan kesatuan Melayu dan hubungkaitnya dengan kedaulatan Islam. Ada beberapa pandangan balas yang ingin saya berikan di dalam tulisan saya ini. Walaupun ia adalah pandangan seorang mahasiswa, tetapi saya yakin ia mewakili sekelompok belia yang berada di usia itu. Maka tulisan ini adalah pandangan yang saya tujukan kepada semua yang mempunyai tanggapan yang sama dengan pandangan saudara Iskandar berkenaan isu kesatuan Melayu.
Kenapa ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’?
“Islam Berdaulat” merujuk kepada kedudukan Islam sebagai yang tertinggi di segi pemerintahan, pengaruh dan pembuat keputusan. Saya melihat di dalam kitab-kitab fekah, kedudukan Islam yang tertinggi sering merujuk kepada firman Allah swt bermaksud, “Dan Allah sekali-kali tidak akan menjadikan jalan untuk orang-orang kafir di atas orang-orang beriman”(An-Nisak: 141). Dari nas yang sama para ulamak tidak membenarkan hakim kafir mengadili orang Islam di kamar mahkamah. Sebahagian ulamak mengkhususkan larangan tersebut kepada perbicaraan yang berkait dengan hukuman mati. Dari nas yang sama, para ulamak menegah wanita Islam dikahwini oleh lelaki dari Ahlul Kitab, sedang Syarak membenarkan sebaliknya.
9,000 keluarga terima sumbangan Projek Qurban Aman Palestin
BANDAR BARU BANGI – Sebanyak 25 ekor lembu bernilai lebih dari RM300,000.00 dan 170 ekor kambing bernilai lebih dari RM200,00.00 telah diqurbankan di bumi Palestin yang telah diagihkan kepada 9,000 keluarga miskin melalui Projek Qurban & Sadaqah Qurban Aman Palestin pada tahun ini.







