Category: Terkini
ISMA Dublin Bangkitkan Kesedaran Isu Palestin
Ahli-ahli panelis turut membincangkan peristiwa-peristiwa hitam yang telah mengorbankan ramai para syuhada’ iaitu peristiwa Deir Yasin, Sabra-Shatila, Nakbah dan Intifadha. Forum ini turut menampilkan saudara Mohd Nazwan Shah selaku moderator yang juga merangkap Setiausaha Syukbah Dublin.
Program ini turut menjadi pentas untuk mahasiswa dan mahasiswi menyuarakan pendapat dan pandangan dalam memikirkan solusi isu Palestin . Hal ini kerana sesungguhnya, diam itu tidak dapat mengubah dunia.
Cerita Headshot Si Burung!
Allah menjelaskan dengan sejelas-jelasnya sebab burung-burung yang saya lihat di awanan itu terbang dengan mudah; hal ini tidak lain tidak bukan Allahlah yang “menahannya” daripada jatuh. Maha suci Allah. Frasa “yumsikuhunna’ jika diterjemahkan bererti ‘menahan’ tapi dengan tafsiran pula bermaksud ‘tidak memberikan mereka jatuh, mengangkat mereka, menangkap mereka dan menahan mereka”.
Kebergantungan Kita Hanyalah Kepada Allah
Kita serahkanlah semuanya kembali kepada Allah swt. Nak lulus exam, nak dapat kerja, nak kehidupan yang bahagia, nak siapkan coursework, nak menang main bola, nak memujuk orang, nak dapat hidayah, nak jadi baik, nak masuk syurga dan lain-lain, semuanya kita bergantung 100% hanya pada Allah swt! Sentiasalah bersangka baik kepada Allah swt kerana salah satu sifat-Nya ialah Maha Suci, yang bermakna suci dari sebarang sifat-sifat yang buruk.
Fastabiqul Khairat!
Lengkaplah kezaliman itu apabila adanya orang baik yang tidak mahu berbuat apa-apa. Jom lah kita berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan (Fastabiqul khairat)!
Kita tidak tahu akan perancangan Allah swt. Barangkali segala ujian yang diturunkan beribu batu jauhnya daripada kita ini sebenarnya untuk menguji keimanan kita, kepedulian kita, kesungguhan kita dalam membantu saudara-saudara kita di sana. Mungkin juga Allah ingin beri kita sebab yang jelas untuk kita melakukan kebaikan dalam kehidupan ini. Biarlah sekecil apa pun pertolongan dan usaha kita itu, insyaallah besar nilainya di sisi Allah swt. Mungkin dengan hanya menderma, berdoa dan menyertai demonstrasi aman tidak mampu untuk menumbangkan regim Bashar Assad, tetapi sekurang-kurangnya kita telah memberikan semangat kepada rakyat Syria yang bermatian memperjuangkan keadilan di tanah air mereka.
Aku Mahukan Firdaus
Lalu, moga apabila habisnya kita baca al Kahfi ini, kita selalu berdoa kepada Allah, memberikan syurga Firdaus kepada kita. Pesan Rasulullah saw “Apabila kamu meminta syurga daripada Allah, maka mintalah syurga Firdaus. Kerana ia syurga tertinggi di sana, letaknya di tengah-tengah kawasan syurga, dan dari situlah sumber mengalirnya air sungai syurga.”
Mencari Sifat Baik
Setelah memahami kisah pembinaan semula Ka’abah ini, ada satu perkara penting yang perlu kita lakukan iaitu mencari satu nilai baik yang kita ingin masyarakat mengenali kita dengannya. BUKAN untuk kita berlaku ria’ dengan masyarakat ataupun tidak ikhlas kepada Allah swt, tetapi kita tanamkan dalam hati kita supaya sifat baik yang kita bina dalam diri itu akan menjadi bukti kesungguhan kita mencontohi akhlak Rasulullah saw. Contohnya, lepas ni kita masing-masing pilih satu sifat baik yang betul-betul akan kita jaga. Katakanlah ada yang nak jadi seorang yang pemurah selepas ni. Jadi, dia perlulah melakukan usaha-usaha membentuk sifat tersebut di dalam dirinya sehinggalah perkara tersebut menjadi akhlak dalam dirinya.
Mengenang Umur Manusia
Umur manusia yang pendek itu dapat kita bahagikan kepada beberapa fasa iaitu fasa (1) Kanak-kanak, (2) Fasa Dewasa, dan (3) Fasa Tua. Namun demikian, daripada 3 fasa ini, dapat pula kita bahagikan kepada menjadi 4,5 atau 6 fasa ataupun lebih supaya dapat memberi kesan terhadap tujuan pembahagian kita. Ada sesetengahnya membahagikan kepada10 fasa seperti senarai di bawah berikut:
Andai Dosa Itu Allah Zahirkan
Bayangkan sekiranya dosa-dosa yang kita lakukan Allah zahirkan. Bayangkan sekiranya segala cacat cela kita dipaparkan. Bayangkan juga sekiranya kelemahan kita diketahui umum. Alangkah hinanya yang kita rasakan pada waktu itu. Betapa sukarnya untuk kita berhadapan dengan masyarakat umum.
Pernahkah kita bermuhasabah sejenak? Apakah selama ini kita tidak merasa malu disaat kita melakukan dosa? Apakah pandangan di mata manusia itu lebih penting berbanding di hadapan mata Allah? Fikir-fikirkan …
Warkah Terakhir
Besok merupakan peluang dan harapan terakhir aku bertarung dengan sesuatu yang pasti iaitu mati. Aku telah disahkan oleh pakar menghidap ‘brain tumour’ dan kini telah berada pada tahap kritikal yang memerlukan pembedahan. Dan besok aku akan menjalani pembedahan bagi membuang tumour tersebut walaupun aku tahu peluang untuk kembali seperti biasa sangat nipis. Namun aku gagahi juga kerana sudah tidak mampu lagi menanggung kesakitan dan itulah jalan terakhir.
Si Bidadari
Duhai si bidadari syurga
Tenanglah kamu di alam sana
Tiada lain melainkan syurga buatmu
Insan suci dari dosa dan noda
Sabarlah ayah, sabarlah ibu
Di akhirat kelak
Dia pasti menunggumu di pintu syurga







