Coventry

Bandar Coventry adalah bandar yang banyak menyimpan seribu satu rahsia sejarah. Ia terletak di West Midlands, bahagian tengah England dan ditadbir oleh Labour Party.

Tarikan Bandar Coventry

 coventry 1

Tarikan Bandar Coventry terletak pada kisah sejarah yang dibawanya. Coventry adalah bandar selain London, Hull dan Plymouth yang mengalami kerosakan yang teruk berbanding bandar Britain yang lain ketika serangan Luftwaffe pada perang dunia kedua. Ini kerana bandar Coventry menjadi pusat simpanan senjata, peluru, pesawat dan kilang penghasilan aero-enjin untuk digunakan oleh barisan pertahanan tentera Britain sepanjang perang berlangsung.

Institut Pengajian

warwick

Coventry mempunyai 2 universiti yang terkemuka di Britain – University of Warwick dan Coventry University. University of Warwick merupakan universiti kampus yang baru-baru ini telah di senarai sebagai 50 universiti terbaik di dunia. Di dalam tempoh lima tahun akan datang, university of Warwick dijangka akan lengkap dengan kemudahan makmal berteknologi tinggi bagi tujuan penyelidikan yang bersifat inter-disiplin.

warwick 2

Keistimewaan University of Warwick terletak pada kekuatan ahli akademiknya dan projek penyelidikan yang dilakukan. Selain itu, university ini juga terdiri daripada pelajar yang datang daripada pelbagai jenis benua dan negara. Oleh itu, Warwick mempunyai pelbagai jenis persatuan dan kelab sama ada dari aspek kesukanan, kebudayaan juga akademik.

coventry u

Tempat Tarikan sekitar Coventry

Di antara tempat tarikan sekitar Coventry termasuklah Warwick Castle, Stratford-upon-Avon (tempat lahir pemuisi terkenal William Shakespeare), Leamington Spa dan juga Birmingham.

warwick castle

Warwick Castle

stratford

Stratford upon Avon

leamington

Leamington Spa

birm

Birmingham

Kos Hidup dan Pengangkutan

Kebiasaannya, pelajar tahun satu akan menetap di dalam asrama kampus dan akan menyewa rumah pada tahun dua. Antara kemudahan pasaraya yang terdapat di dalam kawasan kampus adalah Rootes Grocery Store dan juga Tesco yang berhampiran kawasan university. Ada juga pelajar yang mengambil alternative memesan barang runcit secara atas talian daripada Asda dan juga Morrisons.

Pelajar yang menetap di luar kawasan kampus kebiasaannya akan memilih sama ada untuk tinggal di kawasan Canley ataupun Earlsdon. Kos sewa rumah di Canley lebih mahal tetapi terletak lebih berdekatan dengan kawasan universiti manakala kos sewa rumah di Earlsdon lebih murah tetapi agak jauh daripada kawasan universiti. Pelajar yang tinggal di Earlsdon akan menaiki bas selama 20 minit atau berbasikal selama 30-40 minit ke university.

Komuniti Muslim

Agama Islam merupakan agama kedua terbesar selepas agama Kristian di Coventry. Bilangan pelajar Muslim juga meningkat dari tahun ke tahun di University of Warwick menjadikan Warwick Islamic Society persatuan yang aktif di kalangan para pelajar Warwick.

Malaysian Coventry Society adalah persatuan yang menggabungkan komuniti Melayu Muslim di University of Warwick dan Coventry University. Sambutan Hari Raya dan juga sambutan bersempena menjadi agenda tahunan komuniti Muslim di Coventry.

Sumber makanan halal juga tidak menjadi satu kesusahan kepada pelajar di Coventry. Daging dan ayam halal mudah diperolehi di pasar di Coventry City Centre. Pasaraya Rootes Grocery Store juga ada menyediakan beberapa makanan ‘ready-to-eat’ yang halal.

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Durham

Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Durham University. Tahniah juga atas usaha dan …