Dari Old Trafford ke Millenium Stadium


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmatNya, pada 6-7 Feb 2010 lepas, daerah carddiff, ‘Capital of Wales’ telah pun dijejaki oleh sekumpulan manusia dari bumi Manchester atas dasar meyakini ayat Allah untuk bermusafir di atas muka bumi ini bagi melihat kebesaranNya.

Disambut oleh bro Azizi dan juga bro Firdaus di stesen keretapi Cardiff, secara tepatnya pada pukul 12:20 am, aura dari bumi selatan United Kingdom ini sudah terasa seakan-akan menyambut kedatangan hamba-hambaNya. Jaulah yang diketuai oleh bro Hafiz, dirancang bagi mengikat hati-hati mereka yang mengikuti jaulah tersebut agar kemanisan ukhuwwah itu dapat dirasai disamping bagi menziarahi brothers yang bermastautin di sana.

Kedatangan kami disambut dengan cuaca yang agak baik sekaligus memberi petanda bahawa jaulah kali ini akan berjalan lancar tanpa banyak dipengaruhi oleh cuaca dengan izinNya. Muzium, universiti, cardiff bay, dan lain-lain tempat menjadi saksi bahawa hati-hati ini bersatu atasa dasar akidah yang satu., akidah islamiah.

Semoga jaulah kali ini berjaya mencapai objektifnya iaitu mempersatukan hati-hati dan juga membuka minda bahawa tarbiyah itu bukan sekadar duduk dimajlis-majlis ilmu, berkumpul dalam sesi usrah, tetapi tarbiyah itu mencakupi lebih daripada itu.

al-khawarizmi [07:01 am]

Related Posts with Thumbnails
http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/google_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/myspace_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/facebook_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/twitter_48.png

Comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Comment