Di Operating Theatre …
Di “operating theatre” (OT), consultant anaesthetic di OT tiba-tiba berteriak kepada anak buahnya, seorang registrar anaesthetic, “Go home! Just go!”
Mula-mula saya kurang faham kenapa, bergaduhkah mereka? Akhirnya saya faham bahawa isteri registrar tadi baru dimasukkan ke dalam wad untuk “induced labor”, kelahiran bayi mereka yang pertama. Consultant tadi bertanya, “Bagaimana awak boleh berada di sini? Inikan kelahiran pertama?”
Mulanya registrar tadi enggan. Atas alasan kerja katanya. Amanah. Akhirnya consultant tadi keluar lalu mencari pengganti registrar yang lain agar dapat menyuruh registrar tadi bersama isterinya di saat-saat penting itu.
Terharu.
Saya suka budaya kerja di sini; sifat ambil berat dan ramah-tamah antara doktor meskipun berbeza pangkat. Malah, ada seorang SHO (Senior House Officer) menasihati saya agar berbaik dengan jururawat dan tidak sombong dengan mereka. Saya suka pesanan itu.
Kerana saya masih ingat ada seorang doktor dari Malaysia berpesan, “Apabila awak menjadi doktor, awak berkot putih, kadang-kadang ramai yang lupa diri dan rasa mereka sangat ‘superior’ di wad. Hinggakan ada yang sanggup memarahi jururawat dan bersikap sombong“
Melihat realiti di Malaysia, saya jadi takut. Macam-macam cerita ngeri yang saya dengar apabila menjadi doktor pelatih di Malaysia.
Moga nanti, apabila saya menjadi doktor, akar masih kuat mencengkam bumi, meski pucuk menjulang tinggi. Moga saya berpegang kepada “Hippocratic Oath” untuk mengajar dan berkongsi ilmu sesama rakan dan doktor muda yang memerlukan ilmu.
Saya mohon doa semua agar saya menjadi doktor yang baik dan sentiasa murah dengan senyuman. Insya-Allah.
Aisyah Abd Razak
National University of Ireland, Galway
Setiausaha ISMA Galway
Blog: Kisah-kisah






Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Save to delicious
Stumble it
RSS Feed






Comments
Powered by Facebook Comments