Diskusi Pemikiran Imam Hasan Al Banna di Ireland
Pada hari sabtu yang lalu, bersamaan 10 April 2010,ISMA Ireland telah menganjurkan seminar pemikiran Hassan al-Banna. Seminar yang julung-julung kalinya diadakan di Dublin ini telah disampaikan oleh Akhi Muhammad Arif, salah seorang daripada ahli jawatankuasa Sekretariat ISMA Antarabangsa. Seminar ini mengambil tempat di RCSI dan berlangsung kira-kira 2 jam setengah. Alhamdulillah, walaupun promosi yang agak terlewat, seminar ini telah berjaya dihadiri seramai 35 orang pelajar, rata-ratanya terdiri daripada pelajar perubatan dari Dublin,Galway dan Belfast.
Seperti yang dijadualkan,seminar bermula jam 10.30 pagi dengan tayangan video perasmian Kobanna. Program diteruskan dengan ulasan akh Arif tentang ucaptama Ustaz Abdullah Zaik dan pembentangan kertas kerja yang pertama. Pembentangan dimulakan dengan penerangan tentang naluri setiap insan yang cenderung kepada bangsanya dan contoh-contoh yang relevan dengan situasi pelajar di luar negara. Seterusnya, pembentangan menjurus kepada perbandingan situasi masyarakat Mesir pada zaman al-Banna dengan keadaan masyarakat Melayu Malaysia. Apabila isu Melayu & Islam mula dikupas, timbul beberapa soalan daripada peserta yang kurang bersetuju & kurang jelas dengan isu tersebut. Alhamdulillah,dengan analogi-analogi yang menarik dan relevan dengan keadaan semasa pelajar,penerangan akh Arif menjadi lebih jelas & praktikal untuk difahami semua. Apa yang menariknya, pada suatu ketika bila mana seorang peserta mengutarakan kekaburannya dalam isu ketuanan Melayu Islam,secara spontan, tiba-tiba seorang akhwat bangun & memberikan analoginya sendiri berhubung isu terbabit.
Pembentangan tamat sekitar jam 12 tengah hari dan program diteruskan dengan sesi soal jawab. Antara yang banyak menjadi persoalan dalam kalangan peserta yang hadir adalah mengenai isu “racist” dan beratnya untuk golongan nasionalis & islamis untuk bersatu dalam perjuangan menguatkan bangsa Melayu dan menyemai kesyumulan Islam dalam diri masyarakat Melayu secara keseluruhannya. Alhamdulillah,sesi soal jawab selama 40 minit ini berlangsung dalam keadaan tenang, minat & kefahaman para peserta dapat dilihat dengan jelas dalam setiap soalan yang diajukan.
Program diteruskan dengan penyampaian cenderamata oleh Akh Faez kepada Akh Arif sebelum ditutup dengan video promosi jalinan ukhuwah 2009 di Sungai Gadong,Labu. Para peserta kemudiannya menikmati juadah tengah hari yang disediakan oleh ikhawah dan akhawat sendiri.
Secara keseluruhannya,para peserta dilihat sangat berpuas hati dengan pendirian ISMA dalam isu ketuanan Melayu Islam dan perjuangan bangsa. Pada kesempatan ini juga, jutaan terima kasih diucapkan kepada ikhwah & akhawat kerana berkat kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan, seminar ini berjaya berlangsung dengan jayanya. Semoga fikrah & impian yang dikongsikan para peserta sepulangnya mereka dari seminar ini dapat direalisasikan dan dibuktikan dengan amalan.. we share a dream
Comments
Powered by Facebook Comments









Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Save to delicious
Stumble it
RSS Feed






Wahh Arif Hamzah, ex-Melbourne tu…heheh