Erdogan: Masjid-masjid di Palestin adalah hak milik umat Islam

Istanbul, 7 Mac – Perdana Menteri Turki, Recep Erdogan menegaskan bahawa masjid-masjid di tanah suci Palestin, khususnya Masjid Al-Aqsa, tidak pernah dan tidak mungkin sama sekali menjadi warisan Israel, sebaliknya merupakan milik umat Islam sejak dahulu lagi.

“Kebelakangan ini, Israel telah melakukan beberapa tindakan secara unilateral yang tidak dapat diterima sama sekali,” ujar Erdogan kepada delegasi wartawan Palestin yang mengunjungi beliau di Istanbul.

“Kami telah menolak keputusan Israel berhubung warisan Yahudi seperti yang didakwa mereka. Ini adalah masjid dan tidak mungkin sama sekali menjadi warisan Israel.”

Perdana Menteri Turki itu turut mengisytiharkan bahawa isu Palestin adalah isu Turki yang tidak akan pernah luput dari agenda mereka walaupun sehari.

“Saya mahu anda semua mengetahui bahawa anda mempunyai seorang rakan dan penyokong setia, iaitu Turki yang sentiasa bersuara di dalam perhimpunan-perhimpunan antarabangsa untuk menyokong hak-hak rakyat Palestin, dan kami akan sentiasa sedia untuk bertindak seperti ini,” demikian ucapan beliau yang ditujukan kepada seluruh rakyat Palestin.

Erdogan juga menuntut supaya Israel menghentikan segera sekatan zalim ke atas Gaza and menamatkan penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin. “Saya ingin ungkapkan sejelas-jelasnya, bahawa saya tidak meminta sekatan di Gaza ditamatkan kerana saya seorang muslim, tetapi didorong oleh kewajipan saya sebagai seorang manusia yang bertanggungjawab.”

“Adalah tidak masuk akal setelah setahun perang di Gaza, masih ada lima ribu keluarga Palestin yang tinggal di khemah-khemah,” tegas beliau.

Sumber: The Palestinian Information Center

Penterjemah:
Mohd Firdaus bin Sabturani
Ketua Pengarang
Media ISMA

Related Posts with Thumbnails
http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/reddit_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/dzone_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/stumbleupon_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/delicious_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/blinklist_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/blogmarks_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/furl_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/newsvine_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/technorati_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/google_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/myspace_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/facebook_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/sphinn_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/mixx_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/twitter_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/meneame_48.png