I-Fitness Eropah Medium Mengeratkan Ukhwah dan Silaturahim Para Pelajar

Cardiff, 18 Okt- Beberapa pelajar di Cardiff telah meluangkan masa bersama untuk beriadah sambil mengeratkan hubungan antara satu sama lain dalam satu sesi sukan badminton yang diadakan di sini.

Aktiviti anjuran badan I-Fitness Eropah bertempat di Acarciff ini bukan sahaja bertujuan untuk melahirkan individu yang sihat tubuh badan, malah mengajak para pelajar khususnya di luar negara untuk berusaha menjaga hubungan antara satu sama lain melalui aktiviti kesukananan.

Menurut Saiful Karim, salah seorang ahli I-Fitness, pelbagai lagi aktiviti lain bakal dianjurkan oleh I-Fitness Eropah yang boleh melibatkan pelajar-pelajar yang berada di kawasan berhampiran tempat penganjuran. Ujar beliau lagi, “ketahanan fizikal merupakan elemen penting yang perlu ada dalam diri seorang pelajar yang cemerlang untuk mengelakkan sebarang penyakit berbahaya”.

Pada bulan Mac yang lalu, Badan I-Fitness Eropah cawangan Cardiff juga telah melaksanakan pertandingan Paintball antara pelajar-pelajar Cardiff sebagai aktiviti mengurangkan stress sebelum para pelajar menghadapi musim peperiksaan yang memenatkan. Aktiviti ini juga diselangi dengan slot Qiamullail dan tazkirah yang disusun oleh jawatankuasa ISMA Cardiff.

Pengarah I-Fitness Eropah, saudara Akmal yang sempat ditemu bual berkata, “pada tahun ini I-Fitness tampil dengan pelbagai aktiviti lagi untu mengajak para pelajar supaya mengamalkan gaya hidup seimbang serta bersukan berpandukan nilai syara”. Tambah beliau lagi, “I-Fitness Eropah akan cuba memberi mempelbagaikan aktiviti sukan dengan memasukkan aktiviti sukan lasak seperti berbasikal, mendaki gunung dan berkuda sebagai perancangan tahun ini”.

Moga seruan I-Fitness dapat sama-sama mengajak para pelajar khususnya di Eropah untuk tidak menjadikan alasan musim sejuk untuk terus mendiamkan diri di kediaman masing-masing tanpa melaksanakan sebarang aktiviti riadah bersama komuniti setempat.

 

Biro Penerangan ISMA Eropah

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Kekuatan Organisasi Kunci Kelangsungan Amal Dakwah di Sheffield

Sheffield, 14 Nov- ISMA Sheffield hari ini kembali semula menyusun strategi dan mengukuhkan organisasi persatuan …