I-Fitness Platform Pemantapan Jasmani & Medium Mengeratkan Ukhuwah

Cardiff, 22 Nov- Beberapa pelajar di Cardiff telah hadir bersama-sama bagi mengikuti program beriadah sambil mengeratkan hubungan antara satu sama lain dalam satu sesi sukan badminton yang diadakan di National Sport Wales Centre.

Islam bukan sahaja satu agama yang merangkumi aspek ibadah semata-semata tetapi satu cara hidup yang menyediakan peraturan dan panduan dalam segala aspek kehidupan manusia termasuk kerohanian, sosial dan tidak terkecuali, sukan.

Hal ini kerana, Islam amat peka terhadap pembangunan aspek spiritual, jasmani, intelektual dan emosi manusia agar proses transformasi yang dilakukan dalam hal-hal ini dapat melahirkan manusia bertaqwa, seimbang, berilmu, berakhlak, sihat, intelek, berdisiplin serta teguh pendirian.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menggerakkan aktiviti sukan untuk kekuatan dan kesihatan badan agar dapat melahirkan minda yang sihat dan cerdas demi mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah S.W.T.

“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada Mukmin yang lemah; dan pada keduanya ada kebaikan” Hadis Riwayat Muslim.

 

Biro Penerangan ISMA UK-Eire

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Pengiktirafan Baitul Maqdis Sebagai Ibu Negara Israel Bukti Pengkhianatan Amerika Syarikat

Donald Trump hari ini akhirnya membuat satu pengumuman yang mengejutkan jutaan umat Islam apabila secara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *