Pelancaran laman web baru I-Medik

BANGI, 3 September – I-Medik kini telah mempunya laman web sendiri iaitu www.imedik.org. Pelancaran web sulung ini telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden ISMA, En. Abd Rahman Mat Dali semasa Iftar Perdana I-Medik ke-2 di Puri Pujangga, UKM di sini.

Majlis yang dihadiri seramai 230 orang ini turut dihadiri oleh wakil-wakil I-Medik di universiti tempatan dan luar negara, serta beberapa wakil-wakil NGO yang lain.

Majlis Iftar Perdana telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi I-Medik, Prof. Dr Azmi Md Nor yang juga merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kuantan dan Pakar Bedah Collorectal di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Ini diikuti dengan ucapan perasmian oleh En. Abd Rahman Mat Dali yang penuh dengan kata-kata semangat bagi mengajak bakal pengamal perubatan yang hadir untuk berusaha gigih dalam memastikan penguasaan Muslim dalam bidang perubatan.

Solat tarawih telah diimamkan oleh imam jemputan dari ISMA Cawangan Gombak, iaitu Ustaz Jauhar al-Hafiz. Selesai solat tarawih, majlis diteruskan lagi dengan forum perdana oleh 4 orang ahli panel iaitu Dr Zulkifli Yusof, Pakar Perunding ENT Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star, Dr Md Nor Sundari, Pakar Perunding Ortopedik di Kuantan Medical Center, Dr Azizi Ayob, Research Advisor PT Dexa Medica Jakarta, Dr Rafidah, Pensyarah Pre-Clinical Universiti Sains Islam Malaysia, dan Dr Norsyarifah Hashim, Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sesi forum yang meriah ini telah diserikan dengan pelbagai perkongsian pengalaman tentang kerjaya dan peranan Muslim dalam memajukan bidang perubatan. Video aktiviti I-Medik juga telah ditayangkan kepada peserta.

Tahniah kepada I-Medik atas pelancaran web sulung dan Iftar Perdana kali ke-2 ini. Semoga I-Medik lebih maju dan berkembang pada masa akan datang.

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>