Impian aku, kamu, kita, dan mereka…

Bismillahirahmanirahim

Sahabat sekalian,

Setiap dari kita pasti memiliki impian dan harapan masing-masing. Setiap dari kita pasti memiliki keazaman akan tibanya hari dimana Islam berada di ‘top position’, agama ini dijulang tinggi di setiap penjuru masyarakat. Bahkan, setiap dari kita pasti mengharapkan lahirnya seseorang atau sekumpulan masyarakat yang mampu membawa harakah Islamiyah ke jalan yang sebenar. Sememangnya itulah keinginan kita bersama.

Sahabat sekalian,

Kalau benarlah impian ini adalah yang kita inginkan bersama, bagaimana kalau aku katakan impian bersama itu adalah lebih tinggi ‘probability’ untuk dicapai berbanding impian individu? Bayangkan setiap dari kalangan muslimin, sahabatku dan aku sendiri mengharapkan perkara yang sama berlaku?

Sahabat sekalian,

Mulakanlah langkah kamu hari ini, bukalah pintu hatimu untuk bekerja mencapai apa yang sama-sama kita harapkan. Yakinlah matlamat kita adalah pasti jika kita bekerja kearahnya. Ambillah pengajaran dari kisah nabi dan sahabatnya yang berjuang menegakkan syiar Islam. Mereka juga memiliki impian dan harapan yang sama. Mereka juga bekerja keras kearah impian itu. Mereka pergi dengan meninggalkan amanah tersebut kepada kita untuk sama-sama kita merealisasikannya.

Sahabat sekalian,

Impian bersama ini adalah cukup besar maknanya dalam diri kita. Impian inilah yang akan menjadikan hidup kita sehari-hari lebih bermakna. Jadi, persiapkanlah diri dengan ilmu dan amalan yang istiqamah, perbaikilah hubungan silaturahim sesama masyarakat, dan jauhkanlah diri dari belenggu jahiliyah.

“Saya menggambarkan seorang mujahid sebagai individu yang telah mempersiapkan bekalannya, telah mendapatkan kesedarannya dan apa yang tersemat di jiwa dan terbuku di hatinya menguasai dirinya. Oleh itu beliau adalah seorang yang sentiasa berfikir,tersangat mengambil berat, sentiasa bersedia, apabila dipanggil dia menjawab, apabila diseru dia menyahut. Pergi dan pulangnya, percakapan dan perbualannya, kesungguhan dan berguraunya tidak melebihi apa yang ditetapkan olehnya untuk dirinya sendiri. Kerjanya hanyalah menunaikan segala tanggungjawab yang dihalakan kepadanya segala kehidupan dan kehendaknya. Dia sentiasa bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya. Kamu dapat membaca melalui raut wajahnya, melihat melalui kilauan kedua matanya dan mendengar daripada tutur katanya kedukaan yang membara dan kepedihan yang tersembunyi di dalam hatinya, keazaman yang benar yang melimpah dari jiwanya dan semangat yang berkobar-kobar serta matlamat yang jauh.”

Hassan Al-Banna

Sahabat sekalian, marilah bersama memartabatkan Islam ini. Marilah bekerja kearah merealisasikan harapan dan impian kita bersama.

Ayuh sahabat,

WE SHARE A DREAM

http://weshareadream.wordpress.com

Related Posts with Thumbnails
http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/reddit_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/dzone_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/stumbleupon_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/delicious_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/blinklist_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/blogmarks_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/furl_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/newsvine_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/technorati_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/google_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/myspace_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/facebook_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/sphinn_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/mixx_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/twitter_48.png http://www.ismaeropah.com/wp-content/plugins/sociofluid/images/meneame_48.png