National University of Galway
Failte Ollscoil na hÉireann, Gaillimh!
NUIG – Tak kenal maka tak cinta
Ollscoil na hÉireann, Gaillimh atau lebih dikenali sebagai National University of Ireland Galway (NUIG) semestinya menawarkan pengalaman yang berharga untuk para pelajarnya!
Terletak bersebelahan dengan River Corrib yang menjadi nadi bandar Galway, universiti ini mempunyai enam fakulti:
• College of Arts and Celtic Studies
• College of Engineering
• College of Medicine, Nursing and Health Sciences
• College of Science
• Commerce Faculty
• Law Faculty
NUIG – Persediaan
- Sebelum
NUIG merupakan salah satu universiti yang bernaung di bawah Irish Universities & Medical Consortium (IUMC). Jadi untuk menempah tiket ke sini, pelajar dari Malaysia perlu menghadiri temuduga oleh pihak IUMC. Disebabkan orang Irish terkenal dengan sifat peramah, maka tak perlulah risau! Lazimnya, temuduga akan dijalankan dalam suasana yang cukup mesra dan friendly. Selain daripada soalan wajib ‘kenapa nak jadi doktor, kenapa pilih Ireland, dsb’ lazimnya pelajar akan ditanya mengenai Ireland. Soalan-soalan seperti ‘Siapa Presiden Ireland, populasi penduduk Ireland, tokoh terkenal dr Ireland’ adalah soalan yang mungkin akan ditanya.
Syarat kelayakan adalah seperti berikut
- IB – 36 points excluding bonus point with minimum 6 in Higher Level subjects
- A –Level - 14/15
- IELTS – minimum point 6.5
-
- Selepas dapat offer dari NUIG
Pertama-pertama, ucapkan syukur kerana anda merupakan antara orang paling bertuah kerana mendapat NUIG. Lepas mendapat tawaran, anda digalakkan membeli buku-buku yang diperlukan (for list of book, u may contact me) dari Malaysia kerana buku-buku di sini mahal. Dinasihatkan juga anda menghubungi senior-senior daripada NUIG untuk memudahkan sebarang urusan sebelum ke sini.
Perubatan di NUIG
Fakulti perubatan di NUIG terletak di Clinical Science Institute, University College Hospital Galway (UCHG). Kursus perubatan 5 tahun yang ditawarkan di NUIG adalah ‘integrated modular curriculum’. Ini bermakna para pelajar akan belajar mengenai ‘system-based learning’ (e.g cardiovascular system, respiratory system) berbanding ‘traditional learning system’. Oleh itu, subjek-subjek seperti Anatomy, Physiology, Biochemistry, Medicine dan Surgery akan dimasukkan sekaligus ke dalam ‘system-based learning’
University College Hospital Galway
Secara umum, 2.5 tahun akan diperuntukkan untuk ‘Pre-clinical Years’. Pada waktu ini, para pelajar akan belajar di dalam bilik kuliah. Tiada PBL, jadi jangan risau! Pengalaman yang paling seronok tentulah berada di dalam dissection room dan membedah mayat! Di NUIG, ‘Anatomy Gross-Lab’ dijalankan sebanyak 2 kali seminggu dan sesi ini sebenarnya sangat menyeronokkan, jauh sekali ngeri dan menakutkan!
NUIG juga menawarkan subjek Professionalisme di mana para pelajar akan diajar untuk menjadi doktor yang baik dan cemerlang melalui Communication & Clinical skills, Health Informatics, Medical law, Ethics and Human Rights dsb.
2.5 tahun seterusnya adalah untuk ‘Clinical Years’. Sewaktu di ‘Clinical Years’, para pelajar akan ditugaskan di UCHG sendiri atau akan out station ke hospital-hospital terpilih seperti di Letterkenny, Ennis, Castlebar, dan Ballinasloe. General-practitioner atau GP visit juga merupakan antara agenda yang dilalui oleh para pelajar clinical years.
Berikur merupakan silibus ‘Five Year Integrated Course’ di NUIG
Year 1
- Anatomy
- Biochemistry
- Pharmacology
- Physiology
- Cardiovascular System
- Gastro-intestinal System
- Human Nutrition
- Renal System
- Respiratory System
- Professionalism
Year 2
- Central Nervous System
- Endocrinology
- Genetics
- Molecular Medicine
- Reproduction and Development
- Drugs and Disease
- Health and Disease
- Organ Failure
- Professionalism
Year 3-5
- Clinical Laboratory Sciences:
- Pathology
- Microbiology
- Public Health
Clinical Disciplines:
- Medicine
- Surgery
- Paediatrics
- Psychiatry
- Obstetrics and Gynaecology
- General Practice
- Anaesthesia
- Radiology
Galway – City of Tribe
Galway merupakan pekan kecil yang terletak di bahagian barat Ireland. Galway dipanggil City of Tribe kerana sejarah kewujudan bandar ini adalah disebabkan 14 keluarga pedagang yang telah menghidupkan bandar Galway melalui urusan perdagangan melalui Corrib River. Tenang, aman dan sentosa, Galway merupakan tempat yang paling harmoni untuk belajar dan tinggal selama lima tahun. Corrib River yang menjadi nadi bandar ini mengalir tenang ke Lautan Atlantik di Galway Bay.
Muara Corrib River di Claddagh, Galway City
Galway juga merupakan gerbang ke Connemara, kawasan terbesar di Ireland yang mempunyai penduduk yang masih mengamalkan Gaelic, bahasa tradisi Ireland. Malah, budaya dan cara hidup bangsa Celtic masih dapat dilihat di Galway. Tidak lupa juga, Cliff of Moher yang juga terletak berdekatan dengan Galway. Pendek kata, Galway merupakan pekan yang dikelilingi pemandangan indah yang memukau jiwa!
Cliff of Moher
Tidak lupa juga kepada penduduk yang ramah dan sentiasa murah untuk menghulurkan senyuman dan bantuan!
Komuniti Malaysia di Galway
Komuniti Malaysia di Galway tidaklah ramai. Sekitar 200 orang. Namun tidak ramai tak bermakna tak meriah! Pelbagai aktiviti yang diaturkan untuk mengeratkan hubungan ukhwah antara komuniti Malaysia di sini.
Vibrant Malaysians in Galway!
Di sini para pelajar lazimnya duduk di rumah yang disewa kerana ‘hall’ yang ditawarkan oleh pihak universiti agak mahal dan jauh daripada kampus. Rumah para pelajar Malaysia di Galway biasanya lebih murah, lebih besar dan lebih selesa.
Setakat ini dahulu maklumat mengenai NUIG. Céad Míle Fáilte! Kami nantikan kedatangan anda ke sini. Selamat berjaya!
__________
Penulis, Aisyah Abd Razak merupakan pelajar Tahun Pertama di NUIG. Merupakan Cultural Officer, Malaysian Society NUIG serta merupakan penulis kolum di dalam buletin Gema Mukminin terbitan Persatuan Pelajar Islam Malaysia Galway (PPIMG). Penulis boleh dihubungi di sini











