Inilah Jalan Cintaku

Fikirannya menerawang melihat burung-burung berterbangan bebas di awan biru di bawah sang mentari yang agak garang sinarannya.Fikirannya hanya tertumpu pada satu hal yang amat dia rindui.Ibu ayah dan keluarga yang jauh di benua Asia Tenggara yang jaraknya mencecah puluhan ribu kilometer dari bumi Inggeris yang dia jejaki kini demi sebuah jihad mencari ilmu.Segalanya asing,semuanya baru terkadang membuatkan buah fikirnya bercelaru.Adaptasi,ya itulah satu patah kata yang paling sesuai untuk dia genggami.Dia pun bermonolog sendirian, “Maryam,inilah baru dinamakan hidup-life is nothing without obstacles,right?”

Hari-hari pertama Maryam mula terasa keindahannya.Apakan tidak,hampir dikatakan setiap hari dia dikunjungi oleh seorang senior yang menuntut di universiti yang sama dengannya iaitu Kak Yusra.Kak Yusra dikenalinya semasa di kolej persediaannya di Selangor dahulu semasa majlis iftor di salah sebuah masjid berdekatan dengan kolejnya iaitu masjid Hidayah.Perkenalan yang sekejap cuma tetapi jalinannya erat terasa.Sindrom ‘homesickenia’ Maryam juga makin berkurangan setelah hari-harinya dipenuhi dengan nikmat mengenali beberapa susuk tubuh yang dia anggap sebagai ‘role model’ paling ‘win’ abad ini.

“Ting tong….”loceng apartmen berbunyi lalu Maryam yang sedang asyik mencuba resepi baru di dapur apartmen barunya itu segera mengintai di balik jendela siapakah gerangan yang berkunjung ke rumahnya pada waktu sebegini,lewat jam 9 malam.Susuk tubuh yang dirindui rupanya datang berkunjung lalu dia segera membuka pintu rumah.Sebagai tanda kerinduan,sebuah dakapan ukhuwah dihadiahkan kepada Kak Yusra lalu keduanya saling tersenyum.Terkadang dalam hidup ini,tidak perlu banyak berkata-kata cukup dengan biarlah amal berbicara.Basah kuyup Kak Yusra dek hujan yang tidak pernah penat mencurah di Bumi Shamrock ini. “Gigih betul kakak ni,hujan-hujan pun sanggup datang ke mari,nasib baik takde salji je.Apa hajatnya kali ini?”fikiran nakalnya menyoal sendirian. “Akak ada bawakan aiskrim kesukaan awak walaupun hujan tapi in shaa Allah tak sejuk sangat dengan hangatnya dakapan ukhuwah kita tadi kan,hehe?”Kak Yusra orangnya nampak sedikit tegas tapi tak pernah lokek dengan senyuman dan gurauan serta sentiasa mengingatkan Maryam kepada Allah swt.Hebat!Apakah rahsia lahirnya peribadi semacam ini?Sebelum Kak Yusra berangkat pulang,sempat dia menghadiahkan satu bookmark yang tertulis cantik [47:7].

Hari-hari berlalu mengajarnya sebuah kematangan tentang hidup sebagai duta kecil Islam di negara orang bukanlah suatu perkara yang mudah tetapi Maryam yakin bahawa Allah hantarkan dia ke tempat asing ini tidak lain tidak bukan untuk mengajarnya erti menjadi ghuraba’ dan memeluk erat nikmat iman dan Islam yang dikurniakan Allah untuknya.Kesongsangan budaya hidup Barat berjaya ditepis dengan adanya ‘constant alarm’ daripada bulatan gembira yang dihadiri setiap minggu diselang juga dengan rehlah serta jaulah membuatkan dirinya makin mengenal keindahan persaudaraan dan dakwah Islamiyah yang diperkenalkan oleh murobbiyah yang tidak pernah letih untuk membimbingnya ke jalan yang dicari-carinya selama ini.Jalan juang para Nabi,syuhada’ dan para solihin.Genap dua tahun perkenalannya dengan istilah hikmat ‘tarbiyyah’,Maryam mula kenal erti hidup di dunia ini-hidup bukan untuk diri sendiri tetapi hidup bermanfaat kepada orang lain.Teringat dia kembali kata-kata As-Syahid Syed Qutb yang dikongsi oleh naqibahnya dalam ‘grand usrah’ sebelum peperiksaan akhir semester, “Satu janji itu adalah surga. Inilah yang dijanjikan untuk mereka yang telah berjihad, yang didera duka dan kegetiran, yang berjuang mati-matian di jalan dakwah.”Akhirnya,persoalan dia selama ini terjawab tentang rahsia terbentuknya peribadi-peribadi yang jiwanya hanya merindukan syahid dan syurgaNya semata.Dakwah dan tarbiyyah!

Dan kini, tiba masanya untuk Maryam kembali ke tanah airnya untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai dan semestinya di medan amal yang sebenar serta lebih mencabar setelah hampir tiga tahun dikurnia nikmat mengenal tarbiyyah dan hidup bersama jiwa-jiwa yang merindukan syahid.Satu harapan dan doanya agar satu masa nanti dia diberi peluang untuk berjuang lagi bersama-sama insan-insan hebat itu serta dipanjangkan jodoh jika tidak di dunia,di syurga Firdausi-Nya insya Allah.Sebuah coretan pengalaman yang tidak akan dilupakan malah akan diperjuangkan.Alhamdulillahi rabbal alamin.

 

“CINTA kita pada dakwah inilah akhirnya membuat energi kita selalu besar,selalu ada dan terus ada untuk memperjuangkan dakwah KITA”

-Cahyadi Takariawan-

 

 

dublin

Norfarhanim binti Abdullah,
Aktivis ISMA Ireland
Pelajar Tahun Tiga Perubatan RCSI

 

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Berbekalkan Kasih dan Semangat Perjuangan

Cardiff, Sheffield, May 2017- Ahli ISMA seluruh UK menyambut bulan Ramadhan dan musim peperiksaan pada …