Islam dan Liberalism, Sebanyak Mana Perlu Kita Tahu?

Review Salah Faham Terhadap Islam tulisan Syed Qutb

 

Saat ini, Islam telah diserang oleh ramai pihak yang cuba mempertikaikan falsafah dan sistem Islam dengan pelbagai tuduhan seperti Islam sudah kolot, ketinggalan zaman, opressive dan selainnya. Suara-suara ini saban hari makin bertambah kuat dan sedikitnya suara yang cuba mematahkan hujah mereka atau hujah yang tidak menyakinkan menggundahkan lagi keadaan. Ini telah menyebabkan masyarakat awam  ini mula ragu- ragu dengan kesempurnaan Islam ini.

Persoalannya sekarang, apa yang kita boleh buat? Antara perkaranya adalah dengan memahami Islam dengan lebih mendalam dan cuba mengkaji untuk mematahkan hujah lawan . Buku ‘Salah Faham Terhadap Islam’ tulisan Syed Qutb merupakan permulaan yang bagus untuk menjawab isu-isu tersebut.

Antara isu yang dihujahkan dalam buku ini ialah Islam dan perhambaan, Islam dan Wanita, Islam dan tamadun dan lain-lain lagi. Dalam banyak-banyak bab, bab yang paling ialah bab Islam dan Wanita. Mungkin ini disebabkan para orientalis banyak mengkiritik Islam dan bahagian ini, wallahualam Namun untuk konteks Malaysia, bab ini sangat relevan dengan gerakan feminis/liberal  yang semakin berkembang.

Contohnya, isu wanita yang disentuh dalam buku ini ialah ketidakadilan dalam hukum faraid kerana lelaki menerima dua kali ganda lebih banyak dari wanita. Hujah Syed Qutb adalah walaupun lelaki diberi dua bahagian, tetapi harta itu perlu digunakan untuk menyara menanggung sara hidup isterinya(kaum perempuan) dan ia harus menanggung sara hidup keluarga dan anak-anaknya sedangkan perempuan tidak wajib untuk mengeluarkan perbelanjaan kecuali untuk kepentingan diri sahaja. Maka pihak manakah yang lebih banyak mempunyai harta pada akhirnya mengikut logik akal?

Ini antara jawapan Syed Qutb yang sangat cantik serta rasional dan beginilah gaya penulisan Syed Qutb untuk menjawab tuduhan-tuduhan dalam buku ini . Beliau lebih banyak menggunakan logik akal, rasional dan fakta sejarah untuk menjawab tuduhan-tuduhan ini dan kurang menggunakan ayat quran untuk menjawab tuduhan-tuduhan. Saya tidak mahu menyentuh banyak isi-isi buku tersebut kerana terlalu banyak perkara fakta dan hujah untuk dimuatkan dalam artikel ini.

Sejujurnya saya bukanlah orang yang berminat debat falsafah, undang-undang dan seumpanya kerana saya berpandangan masalah umat sekarang lebih kepada masayarat yang ignorant, tidak ambil kisah dengan masalah umat sehingga membolehkan musuh-musuh mengangkat suara mereka. Syed Qutb sendiri mengatakan di akhir buku ini bahawa untuk merealisasikan sistem Islam adalah dengan beriman, kerana itulah tenaga pembangunan di permulaan Islam dan begitulah yang sepatutnya dilakukan di zaman belakangnya.

Namun tidaklah sama sekali saya mengatakan umat islam tidak perlukan manusia yang mahir dalam menjawab tuduhan-tuduhan mereka malah merekalah yang saya percaya dapat membendung penyebaran salah faham dan keraguan masyarakat awam mengenai Islam. Kepercayaan yang kuat dengan sistem Islam tanpa mempertikaikannya merupakan sifat yang  terpuji (dengar dan taat). Walaubagaimanapun, sifat ini tidak akan dapat mempengaruhi manusia yang pada zaman ini , yang banyak berhujah dengan logik dan fakta yang jelas. Dengan kepercayaan inilah  saya merasakan kefahaman yang jelas beserta bukti dan fakta seperti isu liberal, feminis ,diskriminasi,etc sama ada sedikit atau banyak merupakan keperluan kepada setiap umat Islam.

Kesimpulannya, sebagaimana Nabi Ibrahim sedar dengan akalnya sendiri bahawa tidak mungkin bintang, bulan dan matahari tu tuhan (QS. al-An’am: 74 – 78), saya yakin bahawa pada suatu hari manusia akan sedar bahawa sistem ciptaan manusia sangat penuh dengan kelemahan dan kekurangan dan sistem Islamlah yang paling layak mentadbir dunia, cepat atau lambat. Dan ia merupakan tugas seorang muslim supaya untuk berusaha supaya mempercepatkan hakikat ini dengan bukan setakat mempunyai iman yang mantap, tetapi pengetahun yang jelas. Saya akhiri dengan dua firman Allah:

 

وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُمْ بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَنْ ذِكْرِهِمْ مُعْرِضُونَ

Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu.

Al-mukminun 71

أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ

Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya-lah menyerahkan diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan.

Surat Ali ‘Imran Ayat 83

Wallahualam.

 

 

Muhammad Hafidz Bin Romli

Setiusaha Agung ISMA UK-Eire

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Video Syukur Ungguli Tempat Pertama Pertandingan Video NEXT Sheffield

Sheffield, 18 Okt – Video Syukur keluaran Media ISMA Eropah dengan kerjasama ISMA Cardiff hari …