ISMA Cardiff Anjur Kuliah Subuh Khas Rahsia Pembebasan Al Aqsa

Cardiff, 4 Feb – Jawatankuasa ISMA Cardiff telah berjaya menganjurkan Kuliah Subuh Khas Rahsia Pembebasan Al-Aqsa yang bertempat di Main Hall Darul Isra’, Cardiff.

Kuliah subuh tersebut telah disampaikan oleh saudara Saiful Karim yang merupakan Ketua Perhubungan Selatan, ISMA UK-Eire. Kuliah beliau telah dihadiri seramai 34 orang termasuk warga dari Sheffield.

Penganjuran program seperti ini diharapkan dapat menyuntik sifat kesedaran akan kepentingan menjadi ummah yang bersatu dengan bersolat jemaah terutamanya solat subuh. Dengan itu, ummat Islam akan bersatu padu.

Ujar saudara Saiful di dalam kuliahnya, “Kalau hendak tinggalkan jahiliyyah, tidak perlu bergerak dalam satu perjalanan yang jauh, cukup sekadar satu tapak kedepan meninggalkan jahiliyyah kita dibelakang”.

Turut hadir bersama dengan kuliah subuh ini ialah Timbalan Pengerusi ISMA UK-Eire, saudara Faqih Aqili.

Beliau sempat menasihati hadirin untuk terus merasakan kemelut yang berlaku di Palestin sebagai salah satu agenda umat Islam dan jangan berhenti daripada terus bersoladiriti bersama mereka.

 

Biro Komunikasi dan Media ISMA UK-Eire

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Video Syukur Ungguli Tempat Pertama Pertandingan Video NEXT Sheffield

Sheffield, 18 Okt – Video Syukur keluaran Media ISMA Eropah dengan kerjasama ISMA Cardiff hari …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *