ISMA Cardiff Buka Tirai Program Liqa’ Brothers

Cardiff, 3 Nov- Jawatankuasa ISMA Cardiff tempoh hari secara rasmi membuka tirai program mingguan Liqa’ Brothers dengan jayanya di 4 Woodville Court, Cardiff.

Program mingguan ini merupakan inisiatif ISMA Cardiff untuk merapatkan ukhwah sesama pelajar sambil menyampaikan peringatan-peringatan daripada dalil Al-Quran dan Hadis nabi.

Pengarah program, saudara Amirul Nazari berkata, “program ini merupakan acara wajib dalam kalender ISMA Cardiff memandangkan Liqa’ Brothers ini merupakan program dakwah umum kepada semua komuniti Malaysia di Cardiff”.

Ujar beliau lagi, “respon daripada peserta juga cukup baik malah sebahagian peserta merasakan pengisian rohani secara berkala ini mampu memperbaharui iman sebagai seorang muslim memandangkan kehidupan pelajar yang sangat sibuk”.

Apabila ditanya mengenai perancangan aktiviti mendatang ISMA Cardiff, saudara Amirul yakin dengan perancangan awal tahun yang begitu rapi disediakan oleh jawatankuasa ISMA Cardiff, beliau percaya setiap aktiviti dakwah dapat dijalankan dengan jaya dan berkesan.

Turut hadir ketika program tersebut ialah Ketua Perhubungan ISMA UK-Eire cawangan Selatan, saudara Saiful yang turut memberi pengisian mengenai persediaan Muslim mengejar syurga yang dijanjikan Allah Taala.

Beliau berkata, “setiap pelajar harus sentiasa beringat bahawa tujuan utama penciptan manusia ialah untuk menjadi hamba Allah S.W.T dan para pelajar harus bijak mengimbangi masa sebagai seorang pelajar dan muslim yang bertakwa.

 

Biro Penerangan ISMA UK-Eire

 

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Kekuatan Organisasi Kunci Kelangsungan Amal Dakwah di Sheffield

Sheffield, 14 Nov- ISMA Sheffield hari ini kembali semula menyusun strategi dan mengukuhkan organisasi persatuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *