ISMA Galway Nyalakan Semangat Palestin
Galway – Isu Palestin merupakan isu bersama yang perlu diambil perhatian oleh setiap Muslim dan tanggungjawab membebaskan Palestin terletak bukan sahaja pada rakyat Palestin tetapi seluruh umat Islam, kata saudara Mohammad Faezuddin Shamsualharis, Biro Dakwah ISMA Eropah merangkap Ketua Perhubungan ISMA Ireland.
Beliau berkata demikian di dalam Forum Semarak Palestina yang diadakan di National University of Ireland (NUI) Galway anjuran ISMA Galway baru-baru ini. Program ini bertujuan untuk membangkitkan kesedaran kepada para pelajar tentang peri penting Palestin kepada umat Islam serta isu-isu sekitar konflik Palestin dengan Israel termasuklah sejarah negara Palestin dan isu berkenaan two-states solution. Forum ini turut membariskan saudara Adib Safwan, wakil Sayap Palestin sebagai panelis serta saudara Akmal Sharum , Ketua ISMA Galway sebagai moderator.
Ahli panel turut berkongsi kisah sirah terkemuka mengenai Solahuddin al-Ayyubi yang telah menunjukkan formula yang terbaik untuk menawan kembali Baitul Maqdis iaitu dengan membangkitkan jiwa umat Islam dan menyatukan umat Islam
Forum ini antara lainnya turut memperkenalkan Sayap Palestin sebagai wakil Aman Palestin di Ireland.
Disediakan oleh
Aisyah Abd Razak
National University of Ireland, Galway
Setiausaha ISMA Galway







Tweet This
Share on Facebook
Digg This
Save to delicious
Stumble it
RSS Feed






Comments
Powered by Facebook Comments