ISMA Ireland Dekati Masyarakat Melalui Jualan Bazar

Dublin- Baru-baru ini aktivitis ISMA di Dublin, Ireland telah bergabung tenaga untuk mengadakan jualan makanan tempatan pada Program Bazar Siswa yang bertempat di Malaysia Hall Dublin. Jualan tersebut melibatkan kerjasama aktivitis ISMA dari 3 universiti utama di Dublin iaitu Royal College Of Surgeon (RCSI), University College Dublin (UCD) dan Dublin Business School (DBS).

Antara hidangan yang disediakan untuk jualan oleh mereka ialah roti jala, kari ayam, puding roti dan air sirap bandung. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara aktivis ISMA di Ireland di samping mencari dana untuk kegunaan program dakwah di sini.

Gerai yang diberi nama “Kapten Himmah” itu bukan sahaja menjual makanan kepada pelanggan pada hari tersebut malahan turut mengedarkan keratan hadis dan ayat-ayat Quran pilihan kepada pembeli sebagai tanda ingatan dan penghargaan. Di samping itu juga, turut diadakan kutipan derma untuk Palestin di gerai tersebut.

Menurut ketua pengurusan gerai Kapten Himmah saudara Ammar, penglibatan aktivis ISMA dalam jualan kali ini bukan sahaja bermatlamat untuk mengeratkan hubungan antara sesama aktivis tetapi turut menjadi ‘batu loncatan’ buat mereka untuk melatih sifat kematangan dan kepimpinan. Hal ini bertepatan dengan matlamat NGO seperti ISMA untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai sikap pandai berdikari dan bermatlamat.

Diharapkan pada masa akan datang lebih banyak aktiviti yang bersifat praktikal diadakan di Eropah untuk memberikan platform kepada mahasiswa untuk melatih sifat kepimpinan dan pengurusan.

Biro Penerangan ISMA UK-Eire

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Pengiktirafan Baitul Maqdis Sebagai Ibu Negara Israel Bukti Pengkhianatan Amerika Syarikat

Donald Trump hari ini akhirnya membuat satu pengumuman yang mengejutkan jutaan umat Islam apabila secara …