ISMA Ireland Komited Melahirkan Mahasiswa Cergas

Dublin, 5 Nov – Sekumpulan pelajar di Ireland telah mengadakan aktiviti futsal yang bertempat di UEFA Court, Dublin 8. Penyertaan yang sangat aktif dari para peserta berjaya mengimarahkan program tersebut. Dengan berobjektifkan untuk mengeratkan tali sillaturahim sesama ikhwah, diharapkan program tersebut menjadi permulaan yang baru untuk lebih mengenali antara satu sama lain.

Saudara Megat Akmal Faiz, selaku pengerusi i-fitness Ireland yakin program sebegini memberikan impak positif kepada para ikhwah disamping mewujudkan satu suasana sesi perkongsian yang santai dan selesa. Tambahan pula, penglibatan saudara Thalhah Kamaruzaman dalam program sedemikian telah menjalinkan hubungan yang sangat akrab antara ikhwah dari United Kingdom dan Ireland.

Oleh itu, dengan penglibatan yang aktif dari para ikhwah dalam segala bentuk sukan, diharapkan dapat membentuk mahasiswa yang cergas selaras dengan moto “Majulah sukan untuk negara”.

 
Biro Penerangan ISMA UK-Eire

 

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Kekuatan Organisasi Kunci Kelangsungan Amal Dakwah di Sheffield

Sheffield, 14 Nov- ISMA Sheffield hari ini kembali semula menyusun strategi dan mengukuhkan organisasi persatuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *