ISMA Ireland Lancar Tabung Bantuan Komuniti Setempat ‘Warming The Soul’

Dublin, 10 Feb- Jawatankuasa ISMA Ireland hari ini telah memulakan kutipan dana Warming The Soul (WTS) melalui jualan bazar makanan yang telah diadakan di Malaysia Hall, Dublin.

Saudara Ikhwah Nurnasran, pengarah program jualan ini berkata, “objektif utama kita mengadakan jualan makanan ini ialah untuk mengutip dana yang diperlukan untuk membiayai program WTS yang akan diadakan sepanjang bulan Mac nanti.”

Ujar beliau lagi, “dana ini akan disalurkan dalam pelbagai bentuk kepada komuniti setempat yang memerlukan seperti lawatan ke rumah orang tua, pemberian makanan kepada gelandangan, pembersihan kawasan sekitar dan banyak lagi.”

Ketua Perhubungan ISMA Ireland, saudara Hazreen Ismail yang telah dihubungi Media ISMA Eropah berkata, “ISMA Ireland begitu menyokong mana-mana inisiatif daripada ahli yang bersungguh-sungguh untuk menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat dalam apa jua bentuk terutamanya melalui sumbangan kepada komuniti seperti program WTS ini.”

Pengarah program WTS, saudara Mohammad Asraff ketika merumuskan dapatan program semalam berkata, “jawatankuasa WTS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan juga kepada pengunjung yang tidak putus-putus membeli jualan daripada gerai ISMA Ireland.”

Tambah beliau, “bukan sahaja kita dapat membantu komuniti setempat yang memerlukan, kita juga dapat membantu pelajar-pelajar Malaysia khususnya mengubati kerinduan masakan di Malaysia dengan menyediakan juadah seperti nasi tomato, tahu bakar, ayam percik, char kuey teow dan banyak lagi.”

 

Biro Komunikasi dan Media ISMA UK-Eire

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Video Syukur Ungguli Tempat Pertama Pertandingan Video NEXT Sheffield

Sheffield, 18 Okt – Video Syukur keluaran Media ISMA Eropah dengan kerjasama ISMA Cardiff hari …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *