ISMA Leeds Bukti Dakwah dan Tarbiyah Bukan Sekadar Usrah

Leeds, 27 Okt- Jawatankuasa ISMA Leeds mengambil inisiatif hujung minggu lalu untuk menganjurkan tayangan filem berunsur nilai murni dan program Qiamullail.

Program ini juga bertujuan untuk mengelakkan anak-anak muda terutamanya pelajar Malaysia daripada terlibat dengan pesta Halloween yang disambut diseluruh UK akhir bulan Oktober ini.

Pengarah program, saudari Wafa berkata, “warga ISMA Leeds melihat adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menyediakan pengisian dan alternatif daripada aktiviti yang tidak berfaedah seperti pesta Halloween”.

Ujar beliau lagi, “Islam bukanlah agama yang menghalang penganutnya daripada berhibur tetapi hiburan itu mestilah ada batasnya dan perlu mengikut syara serta tidak mengandungi unsur-unsur gejala seks bebas dan fahaman melampau seperti liberalisme”.

Mengulas mengenai objektif utama program, saudari Wafa juga berharap program ini dapat melatih mahasiswa Malaysia khususnya untuk mengamalkan ibadah sunat bangun sepertiga malam untuk menunaikan solat-solat sunat dan membaca Al-Quran.

ISMA Leeds juga bercadang untuk mengisi waktu-waktu cuti para pelajar dengan pelbagai aktiviti bermanfaat lagi pada masa akan datang.

 

Biro Penerangan ISMA UK-Eire

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Kunjungan NYDP ISMA Kota Kinabalu Suntik Semangat Ahli ISMA Eropah

Cardiff, 20 Jan- Seluruh ahli ISMA Eropah mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Naib …