ISMA Manchester Merapatkan Ukhwah Melalui Amalan Puasa Sunat

Manchester, 30 Okt- Jawatankuasa ISMA Manchester tempoh hari telah mengadakan acara berbuka puasa bersama selepas mengerjakan puasa sunat hari isnin dan khamis yang berlangsung di restoran terkenal di Manchester, Al-Taiba Bukhari.

Program mingguan ini dijalankan bagi mengeratkan keakraban sesama pelajar di Manchester sambil mengambil peluang untuk merebut pahala amalan sunat Nabi Muhammad S.A.W. Program ini juga antara lain untuk melatih diri mengerjakan amalan secara berjemaah seperti solat berjemaah bersama.

Lebih meriah lagi program ini juga turut dihadiri oleh Ketua Perhubungan ISMA Utara, saudara Qadri Effendi. Beliau yang sempat ditemu ramah berkata, “saya melihat amalan berpuasa sunat dan berbuka puasa secara beramai-ramai ini secara langsung dapat memupuk minat individu untuk mengerjakan amalan secara berkumpulan dan menjalin silaturahim sesama pelajar”.

Pengarah program, saudara Irham berkata, “ISMA Manchester begitu berharap aktiviti sebegini dapat kita teruskan lagi di masa hadapan kerana amalan berpuasa sunat ini amat baik untuk pelajar kerana ia melatih kita untuk mengawal nafsu serta menjimatkan wang perbelanjaan”.

Ujar beliau lagi, “proses dakwah dan tarbiyah juga perlu diteraskan dengan melatih diri untuk mengamalkan amalan-amalan sunat supaya hati kita bersih daripada gangguan syaitan dan sentiasa meletakkan amalan Nabi Muhammad sebagai contoh dan ikutan”.

 

Biro Penerangan ISMA UK-Eire

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Kekuatan Organisasi Kunci Kelangsungan Amal Dakwah di Sheffield

Sheffield, 14 Nov- ISMA Sheffield hari ini kembali semula menyusun strategi dan mengukuhkan organisasi persatuan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *