ISMA Manchester Syor Mahasiswa Luar Negara Dekati Komuniti Muslim Setempat

Manchester, 6 Jan- Ketua ISMA Manchester, saudara Ikram Omar hari ini menyeru mahasiswa Malaysia untuk turut bergiat aktif dan mendekati komuniti Muslim setempat di kawasan masing-masing.

Seruan ini dinyatakan beliau ketika siri jelajah ISMA Manchester ke cawangan-cawangan utara ISMA UK-Eire baru-baru ini.

Saudara Ikram yang sempat ditemubual Media ISMA Eropah berkata, “sumbangan mahasiswa dari Malaysia suatu ketika dahulu terhadap komuniti setempat sangat menggalakkan namun hari ini budaya ini semakin pudar dan kehadiran pelajar Malaysia di program-program masjid setempat semakin tidak kelihatan.”

Mengulas mengenai kegusaran ini, saudara Ikram berkata, “mahasiswa Malaysia di UK dan Ireland seharusnya menjadi ikon muslim dari Malaysia dan melibatkan diri secara aktif dengan menghadiri aktiviti-aktiviti masjid setempat. Perkara ini sedikit sebanyak membantu kita untuk mendalami cabaran muslim di sini dan dapat dijadikan pengajaran berguna.”

Saudara Ikram dan beberapa ahli ISMA Manchester dalam siri jelajah ini sempat beramah mesra dan menyertai solat subuh berjemaah bersama komuniti muslim di Durham.

Turut hadir menyertai jelajah ini ialah Ketua Perhubungan ISMA UK-Eire cawangan utara, saudara Qadri Effendy.

Saudara Qadri yang dihubungi Media ISMA Eropah berkata, “sepanjang jelajah ke cawangan lain ini, banyak pengajaran yang dapat kita ambil seperti cabaran komuniti terpencil muslim di Durham yang tidak mempunyai surau atas masjid untuk solat berjemaah dan terpaksa menumpang di sebuah kelas di universiti untuk solat berjemaah.”

Ujar beliau lagi, “pengalaman berharga ini dapat kami ambil iktibar dan lebih mensyukuri nikmat solat berjemaah secara selesa di Manchester malah lebih selesa di Malaysia.”

Beliau berharap kesemua peserta jelajah ini akan lebih mensyukuri nikmat yang dikurnikan Allah S.W.T dan terus menjadi contoh muslim yang baik di tengah-tengah komuniti bukan Islam.

 

Biro Penerangan ISMA UK-Eire

Related Posts with Thumbnails

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Check Also

Kunjungan NYDP ISMA Kota Kinabalu Suntik Semangat Ahli ISMA Eropah

Cardiff, 20 Jan- Seluruh ahli ISMA Eropah mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Naib …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *